ARKIB : 21/07/2012
Akta Hasutan mansuh, Karpal mohon batal tuduhan
KUALA LUMPUR 20 Julai - Perbicaraan peringkat bela diri kes Pengerusi DAP, Karpal Singh (gambar) yang didakwa menyebut kata-kata menghasut berkaitan Sultan Perak pada satu sidang akhbar empat tahun lalu di Mahkamah Tinggi di sini hari ini ditangguhkan sekali lagi.
Kali ini, penangguhan tersebut adalah disebabkan barisan pembelaan baru menghantar surat representasi kepada Peguam Negara agar mempertimbangkan semula izin untuk mendakwa beliau mengikut Akta Hasutan sekali gus membatalkan pertuduhan yang dihadapinya.
''Representasi itu dihantar berikutan pengumuman Perdana Menteri pada 11 Julai lalu yang akan memansuhkan akta tersebut,'' ujar peguam Jagdeep Singh Deo yang mewakili bapanya.
Pada 11 Julai lalu, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan telah mengambil keputusan untuk menguatkuasakan secara serta-merta semua akta baru dan memansuhkan Akta Hasutan 1948 serta digantikan dengan suatu rang undang-undang yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.
Hakim Azman Abdullah selepas mempertimbangkan hujah Jagdeep, membenarkan penangguhan singkat sehingga 3 Ogos ini bagi mendapatkan keputusan representasi itu selepas mendapati terdapat merit dalam permohonan tersebut.
Pada prosiding hari ini, Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin dan Azlina Rasid mewakili pihak pendakwaan telah bersiap sedia untuk berhujah atas dua isu yang dikemukakan oleh barisan pembelaan dalam permohonan mereka sebelum ini.
Isu-isu tersebut ialah permohonan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu untuk membatalkan pertuduhan atas alasan tindakan menuduhnya di mahkamah tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan dan sama ada sapina wajar dikeluarkan ke atas tiga individu atau sebaliknya.
Tiga individu terbabit ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.
Selain Jagdeep, peguam-peguam bela, Gobind Singh Deo, Ramkarpal Singh dan Sangeet Kaur turut mewakili Karpal.
Karpal Singh, 72, dituduh mengeluarkan perkataan-perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak di firma guamannya di Jalan Pudu Lama di sini antara 12 tengah hari dan 12.30 tengah hari, 6 Februari 2009.
Pada 20 Januari lalu, Mahkamah Rayuan memerintahkan Karpal membela diri terhadap pertuduhan itu selepas membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan beliau pada akhir kes pendakwaan tanpa memanggilnya membela diri.
Sementara itu, Karpal ketika ditemui selepas tamat prosiding menyatakan, berikutan pengumuman yang dibuat oleh Najib itu, tindakan meneruskan pendakwaan ke atasnya sudah tidak berasas lagi.
Tambahnya, pertuduhan terhadapnya wajar dibatalkan bagi menunjukkan niat baik kerajaan dalam melaksanakan akta baru tersebut.
Yazid Sufaat dibebaskan daripada tuduhan keganasan
Dua sahabat edar dadah digantung sampai mati
Ketua juruwang pasar raya didakwa pecah amanah
Tiga pengedar dadah ke tali gantung
Buruh dituduh cederakan penyokong parti politik
Ketua juruwang didakwa pecah amanah lebih RM0.5 juta
ADUN Sri Muda gagal ketepikan tuduhan menghasut
Pembekuan aset Genneva diketahui Selasa
ADUN Sri Muda gagal ketepikan tuduhan menghasut
Perhimpunan haram: Nik Nazmi dihadapkan ke mahkamah
Kes Mohd. Rafizi, bekas kerani disebut 10 Jun
Tiga pengarah, bekas pengarah Genneva bebas
Dera amah sampai mati, suami isteri dijel 24 tahun
Genneva: Bank Negara fail rayuan esok
Rasuah: Dua penguat kuasa KPDNKK didenda
Permohonan Ibrahim Ali didengar 19 Jun
3 pengarah dan bekas pengarah Geneva dibebaskan
Suami isteri dipenjara 24 tahun dera amah hingga mati
Kehilangan Sosilawati, rakan bukan kebetulan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









