VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 Julai 2014 / 26 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
LUAR NEGARA

ARKIB : 16/04/2014

Duta Jordan ke Libya diculik

TRIPOLI 15 April - Duta Jordan ke Libya, Fawaz al-Itan (gambar) diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata di sini hari ini, selepas mereka menyerang kenderaan dinaikinya dan bertindak menembak pemandunya.

Bagaimanapun pemandu berkenaan terselamat dan kini berada di hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Perdana Menteri Jordan, Abdullah Ensour memberitahu wakil rakyat di Parlimen, Fawaz diculik selepas beliau keluar dari rumah, namun identiti penyerang masih tidak diketahui.

“Kerajaan Jordan mahu penculik berkenaan bertanggungjawab ke atas keselamatan duta berkenaan dan kami akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membebaskannya," jelas Abdullah, tanpa memberi sebarang butiran lanjut.

- REUTERS

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.