VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 Julai 2014 / 27 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
LUAR NEGARA

ARKIB : 12/11/2013

Kabinet Bangladesh letak jawatan

DHAKA 11 Nov. - Menteri-menteri Kabinet Bangladesh menghantar borang peletakan jawatan hari ini bagi membolehkan Perdana Menteri, Sheikh Hasina membentuk kerajaan semua parti sebagai persiapan kepada pilihan raya.

Pembangkang bagaimanapun menolak pelan itu kerana mahukan kerajaan sementara yang berkecuali.

Tindakan itu dibuat ketika Bangladesh berdepan dengan mogok umum di seluruh negara sejak empat hari lalu bagi menggesa parti kerajaan pimpinan Hasina, Liga Awami, mengadakan pilihan raya di bawah kerajaan pimpinan teknokrat.

Hasina pada bulan lalu mengusulkan kerajaan sementara yang diwakili oleh semua parti dalam usaha memecahkan kebuntuan berhubung pilihan raya Parlimen yang akan diadakan pada Januari ini.

Namun, parti pembangkang utama Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) dan 17 parti sekutunya berkata, mereka tidak akan membentuk kerajaan dengan Hasina dan bertegas mahukan kerajaan sementara yang berkecuali untuk mengendalikan pilihan raya.

Barisan menteri Kabinet menghantar surat peletakan jawatan mereka kepada Hasina hari ini ketika Perdana Menteri itu berkeras dengan rancangannya untuk membentuk kerajaan semua parti.

"Menteri Kabinet meletak jawatan untuk memberi laluan kepada pilihan raya yang dikendalikan oleh kerajaan," kata pegawai penerangan kerajaan, Aminul Islam.

Menurut seorang lagi pegawai, surat peletakan jawatan itu kini menunggu kelulusan daripada Presiden, Abdul Hamid.

Hasina menolak sistem kerajaan sementara kerana mendakwa boleh mengundang rampasan kuasa oleh tentera, insiden yang telah berlaku sebanyak 19 kali di negara ini sejak 1975. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.