VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 April 2014 / 19 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
LUAR NEGARA

ARKIB : 20/06/2013

Askar wanita AS sertai unit tempur

WASHINGTON 19 Jun - Pentagon semalam mengumumkan pelan bagi memperluaskan peranan wanita dalam ketenteraan dengan membuka peluang kepada golongan itu untuk menyertai unit pertempuran infantri menjelang 2016.

Pengumuman terbaharu itu sekali gus membuka peluang pekerjaan atau kenaikan pangkat kepada kira-kira 237,000 anggota tentera wanita.

Rancangan tersebut bakal dilaksanakan ekoran peraturan sebelum ini yang tidak membenarkan golongan wanita menyertai barisan hadapan tentera sepanjang penglibatan AS selama 12 tahun dalam perang di Iraq dan Afghanistan.

Pengarah Pengurusan Pegawai dan Kemasukan Anggota Tentera, Juliet Beyler berkata, mengikut pelan terbaharu itu, tentera wanita perlu melakukan tugas berat seperti memanjat dinding dan mengangkat peluru meriam kereta kebal seberat 25 kilogram.

Jelasnya, tentera wanita perlu mengikuti proses pembelajaran, pendidikan dan latihan sebelum ditawarkan menyertai unit pertempuran infantri.

Rancangan Pentagon itu diumumkan selepas lebih 150 askar wanita terbunuh dan hampir 1,000 lagi cedera dalam perang di Iraq dan Afghanistan disebabkan golongan terbabit tidak mengetahui peranan bertempur di barisan hadapan.

Selain itu, beberapa kes serangan seksual yang berlaku dalam kalangan tentera AS juga menimbulkan persoalan tentang layanan terhadap tentera wanita. - REUTERS

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.