VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Ogos 2014 / 5 Syawal 1435  
  Carian Arkib
LUAR NEGARA

ARKIB : 27/03/2013

Rusuhan agama di Myanmar merebak

YANGON 26 Mac - Rusuhan agama di bandar Meiktila yang berlaku beberapa hari lalu merebak ke bandar-bandar berhampiran, termasuk Yangon ketika jumlah korban meningkat kepada 40 orang hari ini.

Pertempuran baharu tercetus lewat semalam di perkampungan di daerah Bago di utara Yangon menyebabkan dua lagi masjid dan berpuluh-puluh kediaman musnah.

Akhbar New Light of Myanmar melaporkan, kesemua mayat ditemui di celah-celah kediaman dan infrastruktur yang musnah akibat keganasan ketika kerja-kerja pembersihan dijalankan pada minggu lalu.

Rusuhan tersebut menjadi cabaran kepada kerajaan Myanmar yang kini berusaha melaksanakan reformasi selepas berdekad-dekad ditadbir oleh tentera secara kuku besi.

Kerajaan Myanmar semalam menerusi siaran televisyen menegaskan bahawa pergolakan agama akan ditamatkan secepat mungkin kerana ia boleh mengganggu usaha kerajaan untuk membangunkan negara yang majoriti penduduknya beragama Buddha.

Myanmar turut menerima tekanan kuat daripada pihak antarabangsa ekoran insiden itu.

Rusuhan agama tersebut berpunca daripada satu pergaduhan di sebuah kedai emas pada 20 Mac lalu di Meiktila, menyaksikan beberapa masjid dan kediaman penduduk dibakar, selain mayat bergelimpangan di atas jalan raya.

Berpuluh-puluh suspek ditahan kerana disyaki terlibat dalam keganasan tersebut, termasuk beberapa sami Buddha yang mengugut kumpulan wartawan yang membuat liputan di Meiktila.

Rusuhan itu merupakan yang paling buruk sejak keganasan agama melibatkan etnik Islam Rohingya dan penduduk Buddha tercetus di negeri Rakhine pada tahun lalu. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.