VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 September 2014 / 7 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
LUAR NEGARA

ARKIB : 18/03/2013

Xi Jinping ikrar perjuang kehebatan China

Xi Jinping menyampaikan sulungnya sebagai Presiden baru China di Parlimen China di Beijing, semalam. - AGENSI

BEIJING 17 Mac - Presiden baharu China, Xi Jinping berikrar untuk berjuang 'membangkitkan kehebatan China' ketika menyampaikan ucapan sulung beliau sebagai pemimpin tertinggi negara ini, hari ini.

Ketika berucap pada sidang Parlimen Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) di Beijing, Jinping turut berikrar untuk 'melakukan usaha secara berterusan bagi merealisasikan kebangkitan bangsa Cina dan impian rakyat negara ini'.

Beliau mengulangi pendiriannya itu sejak dilantik sebagai pemimpin tertinggi Parti Komunis China pada November lalu, namun tidak menjelaskan lebih lanjut maksud sebenar ikrarnya itu.

Jinping telah mengembangkan kekuatan tentera China dengan pembelian kapal pengangkut pesawat pertama pada tahun lalu dan menggesa pasukan ketenteraan menguatkan keupayaan mereka untuk memenangi sebaran peperangan.

Beijing kini sedang bertelagah dengan Jepun berhubung isu perebutan wilayah di Laut China Timur dan beberapa negara lain berhubung tuntutan beberapa wilayah maritim di Laut China Selatan.

Dalam ucapan selama 25 minit itu, Jinping turut menekankan tentang kepentingan kesinambungan kepimpinan China, dan mengucapkan terima kasih kepada bekas Presiden Hu Jintao atas usaha yang dilakukannya untuk China sebelum ini.

Beliau turut menyentuh tentang isu rasuah dan menggesa wakil Parlimen agar menentang budaya hedonisme serta tidak mengamalkan gaya hidup yang mewah kerana ia boleh menjadi ancaman kepada kekuatan parti.

Sementara itu, Perdana Menteri China, Li Keqiang (gambar) berjanji China tidak akan melaksanakan hegemoni sekiranya negara ini menjadi lebih kuat.

Negara ini telah belajar daripada pengalaman pahit dalam sejarah modennya, oleh itu ia tidak akan melaksanakannya ter hadap pihak lain, apa yang negara ini sendiri tidak ingini, katanya ketika bercakap pada sidang media, di sini hari ini.

Li berkata, beliau sedar kebimbangan utama dunia terhadap China ialah sama ada China yang lebih kuat dan menjadi lebih bersifat pendesak dan melaksanakan hegemoni.

Katanya, dunia juga khuatir tentang pertumbuhan ekonomi mampan China, sambil menegaskan bahawa China berupaya mencapai perkembangan ekonomi yang sihat dan mampan dan pada masa yang sama mencapai kemajuan daripada segi sosial.

Li dilantik Perdana Menteri China ketujuh oleh Kongres Rakyat Ke bangsaan (NPC) ke-12 pada Jumaat lalu, menggantikan Wen Jiabao. Sesi tahunan pertama NPC ke-12 bermula pada 3 Mac lalu dan berakhir hari ini. - AFP/BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:23
Maghrib 7:20
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.