ARKIB : 28/02/2013
Presiden Aquino enggan jumpa Sultan Sulu
MANILA 27 Feb. - Kerajaan Filipina hari ini menolak hasrat Sultan Sulu, Jamalul Kiram III, untuk bertemu Presiden Filipina, Benigno Aquino selagi pengikut-pengikutnya tidak meninggalkan Sabah, sambil menyifatkan permintaan itu sebagai 'tidak boleh diterima.'
Jurucakap Aquino, Edwin Lacierda berkata, pengikut Kiram perlu meninggalkan Sabah terlebih dahulu bagi meredakan ketegangan di kawasan itu, sebelum sebarang rundingan dengan kerajaan Filipina boleh diadakan.
Menurutnya, keputusan itu dibuat Aquino selepas mengambil kira soal keselamatan, bukan sahaja keselamatan pengikut-pengikut Kiram, tetapi juga keselamatan lebih 800,000 rakyat Filipina yang berada di Sabah.
Lacierda turut menegaskan bahawa Aquino hanya bersedia berunding dengan Kiram selepas kesemua pengikutnya meninggalkan Sabah.
"Ketegangan perlu diredakan di kawasan itu (Sabah) dan selepas itu kita berbincang. Namun, dengan masih terdapat penyerang bersenjata di Lahad Datu, jangan harap kami akan bertemu anda dan berbincang dengan anda.
"Keadaan itu menunjukkan anda mendesak kami. Ia tidak boleh diterima," katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa kehadiran pengikut Kiram di Sabah tidak membantu tuntutan kerajaan Filipina ke atas Sabah.
Lacierda berkata, tindakan Kiram dan pengikutnya itu bukan langkah yang wajar bagi mengadakan rundingan.
"Anda mahu kerajaan membantu tuntutan anda. Presiden (Aquino) sudah meminta anda pulang dan kemudian diadakan rundingan, namun anda menolak.
"Keadaan sekarang ibarat anda mengacu senjata dan mendesak diadakan rundingan, ia bukan sesuatu yang boleh diterima," katanya. - AGENSI
Penduduk Palestin anjur demonstrasi
Mangsa culik guna Google Maps cari semula keluarga
Lelaki benci gay tembak mati seorang lelaki homoseksual
Israel mahu lancar banyak serangan
Iran: Mungkin berlaku rusuhan
Pyongyang ujian peluru berpandu lagi
Filipina tunggu kemarahan Taiwan reda
Berpuluh cedera kereta terbabas langgar perarakan
Tentera Nigeria gempur kubu pemberontak, 10 maut
Kumpulan bersenjata culik bapa Timbalan Menteri Luar Syria
Demonstrasi serang gay
Korea Utara lancar peluru berpandu
Kereta api berlanggar, 60 cedera
Pelakon lari selamatkan diri
Kes kematian nelayan: Filipina sangkal dakwaan Taiwan
Polis China tahan lelaki ancam letup pesawat
Bayi baru lahir dinamakan sempena Taufan Mahasen
Barangan kemas Chopard dicuri
43 maut dalam letupan di Iraq
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









