VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 Ogos 2014 / 25 Syawal 1435  
  Carian Arkib
LUAR NEGARA

ARKIB : 01/02/2013

Presiden PKS ditahan kerana rasuah

JAKARTA 31 Jan. - Imej sebuah parti politik Islam, Parti Keadilan Sejahtera (PKS) Indonesia tercemar apabila Presiden parti berkenaan, Luthfi Hasan Ishaaq (gambar) ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (KPK) atas dakwaan rasuah.

Luthfi ditahan oleh pegawai penguatkuasa KPK di pejabatnya selepas namanya disebut sebagai suspek kes pemberian kuota daging import kepada Kementerian Pertanian.

Sebelum itu, pada Selasa lalu, KPK telah menahan empat individu di Hotel Le Meridien di sini kerana dipercayai mahu menyerahkan sejumlah wang kepada Luthfi melalui orang tengah.

Semasa ditahan, KPK turut menyita wang berjumlah Rupiah 1 bilion (RM320,000) dalam pecahan Rupiah 100,000, beberapa dokumen perniagaan dan buku akaun bank.

Menurut jurucakap KPK, Johan Budi, sekalipun Luthfi tidak berada di tempat jenayah itu berlaku, namun pegawai penyiasat kes tersebut mempunyai bukti kukuh bahawa anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia itu ada pertalian dalam kes itu.

"Kami memiliki bukti yang sangat jelas bahawa Luthfi merupakan suspek utama kes rasuah ini," kata Johan pada sidang media.

Beberapa jam sebelum ditahan KPK, Luthfi mengadakan sidang akhbar menafikan penglibatannya dalam kes rasuah itu,

"Seandainya yang dimaksudkan adalah saya, sebagai warga negara Indonesia, saya akan taat dan menghormati proses hukum.

"Seandainya rasuah itu ada, saya tidak menerimanya (rasuah), tidak juga parti saya," kata Luthfi yang ditahan pegawai penguatkuasa KPK sejurus selesai memberikan sidang akhbar.

KPK menamakan Luthi sebagai suspek kerana didakwa menerima suapan daripada PT Indoguna Utama iaitu syarikat yang mengimport daging lembu. - Utusan

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.