VERSI : Mobile | Akhbar Digital
3 September 2014 / 8 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
LUAR NEGARA

ARKIB : 23/01/2013

Gempa bumi landa Aceh, 1 maut, 7 cedera

Penduduk Aceh berkumpul di kawasan lapang selepas gempa bumi berukuran 6.0 skala Richter menggegar bandar tersebut, semalam.

JAKARTA 22 Jan. - Gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Richter melanda Aceh pada pagi ini telah menyebabkan seorang kanak-kanak perempuan maut dan tujuh orang cedera.

Kesemua mangsa gempa bumi itu ditimpa serpihan runtuhan bangunan rumah.

Kanak-kanak berusia lapan tahun itu berasal dari Kampung Mane, di daerah Pidie sementara mangsa yang cedera pula dari Kampung Mane, Kampung Pulo Loh dan Kampung Leupu, juga di daerah Pidie.

Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia, gempa bumi di kawasan Barat daya Aceh pada pukul 5.22 pagi itu telah menyebabkan beberapa buah rumah penduduk di daerah Pidie hancur dan sejumlah rumah lain rosak.

Gempa bumi itu berlaku di dalam laut sekitar Pulau Penasi yang terletak antara Banda Aceh dan Pulau Breureh, 15 kilometer (km) ke barat daya kota Banda Aceh, pada kedalaman 84 km.

Gegaran gempa bumi selama dua hingga lima saat itu turut dirasakan coleh penduduk di sekitar Lhoknga, Peukanbada, Ulelhee di Banda Aceh, menyebabkan mereka cemas dan bertempiaran keluar dari rumah masing-masing bagi menyelamatkan diri.

Sementara itu, 25 minit kemudian gempa susulan berkekuatan 5.1 pada skala Richter berlaku di tempat yang hampir sama, pada kedalaman 16 km. - UTUSAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:16
Asar 4:22
Maghrib 7:20
Isyak 8:29


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.