VERSI : Mobile | Akhbar Digital
16 September 2014 / 21 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
LUAR NEGARA

ARKIB : 22/01/2013

Remaja suspek bunuh ibu bapa, adik beradik

ALBUQUERQUE, New Mexico 21 Jan. - Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ditahan pihak polis bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan ibu bapa dan tiga adiknya yang ditemukan mati ditembak di sebuah rumah di sini, semalam.

Jurucakap polis, Leftenan Sid Covington berkata, remaja itu ditahan atas tuduhan membunuh dan tuduhan lain berkaitan kes tembakan yang berlaku di sebuah rumah di kawasan luar bandar di Albuquerque kelmarin.

Katanya, mangsa dikenali sebagai Greg Griego, 51, Sara Griego, 40, dan tiga anak mereka iaitu, Zephania Griego, 9, Jael Griego, 5, dan Angelina Griego, 2.

Jelasnya, hasil siasatan mendapati, setiap mangsa ditemukan lebih daripada satu kesan tembakan dan beberapa senjata turut ditemukan di rumah tersebut.

"Pasukan penyiasat polis masih cuba mengesan pemilik senjata berkenaan dan satu daripadanya merupakan rifel semi-automatik yang kebiasaannya digunakan oleh tentera.

"Buat masa ini, kami sedang meneliti lokasi kejadian dan mengumpul sebanyak mungkin bukti-bukti yang diperlukan," katanya.

Remaja berkenaan didakwa atas dua tuduhan membunuh dan tiga tuduhan mendera kanak-kanak hingga menyebabkan kematian.

Bagaimanapun Covington enggan memberikan maklumat tentang suspek remaja berusia 15 tahun itu yang disahkan merupakan anak lelaki Griego.

Griego merupakan seorang anggota bomba yang dihormati dan pernah menghabiskan masa selama 13 tahun bekerja sebagai sukarelawan di sebuah penjara.

Ketua Jabatan Bomba, James Breen dalam satu kenyataannya berkata, Griego merupakan seorang yang profesional dan dihormati sebagai ketua yang bersemangat oleh anggota bomba yang lain dan penduduk setempat.

Kes pembunuhan terbaharu membabitkan penggunaan senjata api itu berlaku tiga hari selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama membentangkan usul untuk mengetatkan undang-undang berkaitan senjata api di negara ini.

Usul tersebut dibentang selepas kejadian tembakan rambang yang dilakukan oleh seorang lelaki bersenjata di sebuah sekolah di Connecticut pada bulan lalu, menyebabkan 20 kanak-kanak dan enam orang dewasa maut. - AGENSI

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:11
Asar 4:12
Maghrib 7:14
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.