ARKIB : 23/11/2012
35 maut serangan bom di seluruh Pakistan
ISLAMABAD 22 Nov. - Sekurang-kurangnya 35 orang maut dalam beberapa siri serangan di seluruh Pakistan, semalam.
Dalam satu kejadian di bandar Rawalpindi berhampiran Islamabad, sebanyak 23 orang terbunuh, manakala 62 yang lain cedera apabila seorang pengebom berani mati meletupkan diri ketika menjalani pemeriksaan keselamatan, malam semalam.
Sehubungan itu, polis terpaksa menggunakan lampu dan obor untuk mencari dan mengesan mangsa yang terkorban, manakala mangsa yang cedera dibawa ke hospital.
Jurucakap pasukan penyelamat, Deeba Shehnaz berkata, lapan kanak-kanak merupakan antara 62 mangsa yang cedera dalam kejadian itu.
Serangan yang disasarkan ke atas puak Syiah itu berlaku menjelang Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan Negara-negara Islam Membangun (D8) yang bermula hari ini.
Kejadian tersebut merupakan serangan yang paling teruk di Pakistan selepas 29 orang terbunuh dalam satu tragedi di daerah Khyber pada 16 Jun lalu.
Di tenggara bandar Quetta pula, seramai lima orang terbunuh, termasuk seorang wanita apabila sebutir bom yang diletakkan pada sebuah motosikal meletup lalu mengenai sebuah kenderaan tentera.
Dua orang turut dilaporkan terbunuh di Karachi apabila sebuah motosikal yang sarat dengan bahan letupan bertembung dengan sebuah beca berhampiran masjid puak Syiah, menurut ketua polisnya, Iqbal Hussain. - AFP
Selain itu, empat anggota polis terkorban dalam satu serangan kumpulan bersenjata di daerah Bannu, barat laut Pakistan dan seorang lagi maut akibat letupan bom di tepi jalan di kawasan berhampiran.
22 maut akibat tanah runtuh, banjir di Nepal
Persidangan damai untuk Syria
Angka korban banjir, tanah runtuh di India mencecah 150 orang
Pembinaan kem Rohingya di selatan Thai dibantah
Demonstrasi Turki: Tentera bakal dikerah
Askar wanita AS sertai unit tempur
Dipindahkan sebab depot senjata meletup
Bangunan PBB di Somalia diserang, 15 maut
Tentera wanita AS akan dibenar berada di barisan hadapan
Ahmadinejad bertemu Rowhani bincang isu politik dan ekonomi
18 terkorban dalam serangan berani mati terbaru di Iraq
64 maut di utara India
Cadangan naikkan harga minyak dibantah
Amaran kepada kuasa Eropah
Kelab malam wajib tutup sepanjang Ramadan
Malaysia tentang hasrat bahagikan masjid al-aqsa
Presiden tolak henti aktiviti nuklear
Ramadan: 898 pusat hiburan di Jakarta dilarang operasi
64 juta pengguna aktif Facebook di Indonesia
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










