ARKIB : 01/10/2012
Jepun, China dan Taiwan perlu teruskan rundingan
ISU tuntutan bertindih di Laut China Timur, semakin meruncing berikutan tindakan Jepun membeli tiga buah pulau dalam gugusan kepulauan di wilayah maritim itu.
Tindakan Jepun membeli pulau-pulau di kepulauan Senkaku itu adalah sebahagian usahanya untuk mengukuhkan tuntutan ke atas wilayah maritim itu yang dikenali sebagai Diaoyu oleh China dan turut dituntut oleh Taiwan.
Persoalan kini adalah, sama ada tindakan Jepun membeli pulau-pulau berkenaan merupakan langkah terbaik, betul dan sah dalam konteks perebutan wilayah dan sekali gus menyelesaikan isu itu, atau ia bakal memburukkan lagi krisis yang berlaku.
Ini kerana pembelian pulau-pulau tersebut oleh Jepun pada harga yang dilaporkan sebanyak AS$26.15 juta (RM81.1 juta) daripada pemilik individu warganegara Jepun, bukannya melibatkan pembelian barangan tetapi sebuah wilayah yang membabitkan kedaulatan sesebuah negara.
Walaupun, tindakan Jepun itu dilihat sebagai satu pendekatan terbaru dan agak menarik dan mungkin yang terbaik melibatkan isu pertikaian wilayah dan mungkin boleh dipertimbangkan dalam isu pertikaian wilayah di tempat lain, namun tindakan tersebut tetap bukan tindakan penyelesaian, sebaliknya boleh menjerumuskan rantau itu dalam kancah peperangan.
Tanda-tanda awal ke arah itu boleh dilihat apabila tercetus insiden berbalas-balas tembakan meriam air antara kapal-kapal pengawal pantai Jepun dan Taiwan apabila sekumpulan nelayan Taiwan cuba memasuki perairan di kepulauan Senkaku/Diaoyu pada minggu lalu.
Pada dasarnya, pembelian sesuatu kawasan atau wilayah melibatkan sesebuah negara perlu mendapatkan kelulusan kerajaan negara terbabit dan dalam soal pembelian pulau-pulau di Laut China Timur oleh Jepun itu, tidak mendapat kelulusan China dan Taiwan.
Sebaliknya, Menteri Luar China, Yang Jiechi menuduh Tokyo telah mencuri pulau-pulau tersebut.
China juga mendakwa pembelian pulau-pulau oleh Jepun daripada tiga warganegara Jepun itu tidak sah dan melanggar undang-undang kerana mencabul kedaulatan negaranya.
Katanya, berdasarkan sejarah, Jepun mendapatkan kepulauan tersebut melalui penipuan dalam satu perjanjian yang ditandatangani dua negara berkenaan pada 1895.
Namun, Perdana Menteri Jepun, Yoshihiko Noda menyangkal dakwaan itu dengan menyatakan, China salah faham tentang isu pemilikan kepulauan itu dan menuntut ancaman ke atas rakyat Jepun dan kepentingan perniagaannya di China ditamatkan.
Menurut rekod sejarah, pemilikan dan pentadbiran ke atas gugusan pulau-pulau di Laut China Timur itu telah beberapa kali bertukar tangan sejak kepulauan tersebut ditemui.
Berdasarkan rekod pada awal kurun ke-15, China menemui kepulauan tersebut dan memanggilnya sebagai Diaoyu, namun pada 14 Januari 1895, Jepun menjadikannya sebagai sebahagian jajahannya.
Bagaimanapun, kepulauan itu dijajah Amerika Syarikat (AS) selepas Jepun kalah dalam Perang Dunia Kedua pada 1945, tetapi Senkaku dikembalikan kepada Jepun dalam satu perjanjian pada 1972.
Walau apa sekalipun, kerajaan negara-negara terbabit digesa kembali kepada rundingan sebagai langkah paling praktikal ketika ini bagi menyelesaikan perbezaan mereka untuk mengelakkan pertikaian itu bertukar menjadi konflik, yang akan merugikan semua pihak.
Walaupun gagal mencapai kata sepakat ekoran masing-masing enggan beralah, tindakan China dan Jepun harus dipuji kerana pemimpin-pemimpin kedua-dua negara masih meneruskan rundingan.
Kesediaan ketiga-tiga negara untuk berunding, boleh dijadikan contoh dalam kes yang hampir serupa melibatkan tuntutan bertindih di kawasan maritim di Laut China Selatan yang melibatkan kepulauan Spratly dan kepulauan Paracel.
Negara-negara yang terlibat dalam pertikaian di Laut China Selatan dilihat tidak lagi melakukan sebarang rundingan, malah memperlihatkan komuniti Asia semakin berpecah dan bertelagah.
AS ingin kurangkan penggunaan senjata nuklear
22 maut akibat tanah runtuh, banjir di Nepal
Persidangan damai untuk Syria
Angka korban banjir, tanah runtuh di India mencecah 150 orang
Pembinaan kem Rohingya di selatan Thai dibantah
Demonstrasi Turki: Tentera bakal dikerah
Askar wanita AS sertai unit tempur
Dipindahkan sebab depot senjata meletup
Bangunan PBB di Somalia diserang, 15 maut
Tentera wanita AS akan dibenar berada di barisan hadapan
Ahmadinejad bertemu Rowhani bincang isu politik dan ekonomi
18 terkorban dalam serangan berani mati terbaru di Iraq
64 maut di utara India
Cadangan naikkan harga minyak dibantah
Amaran kepada kuasa Eropah
Kelab malam wajib tutup sepanjang Ramadan
Malaysia tentang hasrat bahagikan masjid al-aqsa
Presiden tolak henti aktiviti nuklear
Ramadan: 898 pusat hiburan di Jakarta dilarang operasi
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










