VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Oktober 2014 / 7 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
LUAR NEGARA

ARKIB : 15/09/2012

Tunjuk perasaan anti-AS berlarutan

Seorang penunjuk perasaan melempar tin gas ke arah polis antirusuhan, semasa satu protes berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat di Kaherah, Mesir, kelmarin. - Reuters

KAHERAH 14 Sept. - Pertempuran terbaru antara polis dengan penunjuk perasaan yang berang dengan penerbitan filem anti-Islam AS yang menghina Nabi Muhammad S.A.W terus tercetus di luar Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini, hari ini.

Penunjuk perasaan yang kebanyakannya remaja dan bergerak dalam kumpulan-kumpulan kecil itu membaling batu ke arah polis yang bertindak balas dengan melepaskan gas pemedih mata.

Laluan utama ke kedutaan yang terletak di tengah bandar raya Kaherah itu turut dipenuhi dengan batu serta kayu dan penunjuk perasaan dilaporkan bergerak ulang-alik dari jalan di sekitar kedutaan tersebut ke Dataran Tahrir.

Pergerakan politik terbesar Mesir, Ikhwan Muslimin pula menggesa 'satu bantahan secara aman' diadakan di luar masjid di seluruh negara ini selepas solat Jumaat.

Di Yemen, tentera negara itu menyekat laluan di sekitar Kedutaan AS di Sanaa hari ini ketika satu demonstrasi diadakan di kawasan berhampiran, sehari selepas ia diserang oleh penunjuk perasaan.

Semalam, pertempuran antara penunjuk perasaan yang cuba menyerang Kedutaan AS di negara itu dengan polis menyebabkan empat penunjuk perasaan maut dan 37 lagi cedera.

Di India pula, Press Trust of India melaporkan negara itu mungkin akan menyekat penyiaran filem kontroversi tersebut di Internet.

Kementerian Dalam Negeri India telah menghantar permintaan kerajaan Jammu dan Kashmir kepada Ketua Pengarah Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer India untuk menyekat semua laman web yang menyiarkan filem itu.

Ulama Islam paling berpengaruh di Kashmir India, Bashiruddin Ahmad dalam pada itu memberi amaran kepada semua rakyat AS untuk segera meninggalkan wilayah itu kerana penganut Islam telah terluka akibat penerbitan filem berkenaan.

Sementara itu di Indonesia, lebih 350 orang mengadakan demonstrasi anti-AS di ibu negara Jakarta hari ini bagi mengecam filem tersebut.

Penunjuk perasaan itu berhimpun di luar kedutaan AS di Jakarta sambil memegang sepanduk.

Jurucakap polis Jakarta, Rikwanto berkata, kira-kira 400 anggota polis ditempatkan bagi mengawal keselamatan di sekitar pejabat Kedutaan AS di negara itu.

Di Bangladesh, kira-kira 10,000 penunjuk perasaan membakar bendera AS dan Israel serta cuba untuk berhimpun di Kedutaan AS di negara itu hari ini.

Beratus-ratus polis dan tentera dengan meriam air mengawal tunjuk perasaan itu serta menyekat laluan ke Kedutaan AS. - REUTERS/AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:05
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.