ARKIB : 29/08/2012
Manusia tertua sambut ulang tahun ke-116
MONROE, Georgia 28 Ogos - Manusia tertua di dunia, Besse Cooper menyambut ulang tahunnya ke-116, kelmarin bersama keluarga dan rakan-rakannya di rumah kebajikan di sini.
Walaupun ahli keluarganya hadir memeriahkan majlis itu, namun menurut anak lelakinya, Sidney Cooper, ibunya 'tidak bersedia' untuk meraikan sambutan secara besar-besaran itu.
Ketika ditanya rahsianya mampu hidup lama oleh Guiness Book of Record, Cooper berkata, dia hanya mengambil tahu tentang dirinya dan tidak menjamah makanan ringan.
Kenyataannya itu dilihat selari dengan apa yang diperkatakan anak sulungnya bahawa semakin tua ibunya, semakin pandai dia berjenaka.
Sementara itu, Sidney Cooper menyifatkan umur ibunya yang panjang disumbang oleh faktor gaya hidup aktif, sihat dan personalitinya yang berani.
''Dia tidak pernah menjalani pembedahan dalam hidupnya,'' kata Sydney Cooper kepada Georgia Health News mengenai kehebatan ibunya, sambil menambah kata, ibunya sentiasa mengelak makan makanan berlemak dan hanya makan sayur-sayuran.
''Dia 'tidak pernah makan makanan ringan','' katanya, walaupun dia mengaku ibunya suka makan kentang goreng, daging dan telur serta ayam goreng sekali sekala, namun tidak secara berlebihan. - AGENSI
18 terkorban dalam serangan berani mati terbaru di Iraq
64 maut di utara India
Cadangan naikkan harga minyak dibantah
Amaran kepada kuasa Eropah
Kelab malam wajib tutup sepanjang Ramadan
Malaysia tentang hasrat bahagikan masjid al-aqsa
Presiden tolak henti aktiviti nuklear
Ramadan: 898 pusat hiburan di Jakarta dilarang operasi
64 juta pengguna aktif Facebook di Indonesia
Bantah Piala Konfederasi: Pemuda bertempur polis
Presiden baharu Iran teruskan aktiviti nuklear
Bantah kenaikan harga minyak
Singapura turut dilanda jerebu
80,000 askar Syria sedia tawan Aleppo
PM Republik Czech letak jawatan
Islam Britain boikot kurma Israel
Polis, penunjuk perasaan bertempur
Mahkamah bubar Parlimen Kuwait
Mahkamah bubar Parlimen Kuwait
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










