ARKIB : 29/08/2012
Kematian ulama cetus rusuhan di Kenya
MOMBASA 28 Ogos - Polis antirusuhan Kenya melepaskan gas pemedih mata ke arah kumpulan remaja yang bertindak membaling batu di bandar pelabuhan Mombasa hari ini, sehari selepas keganasan terbaru meletus ekoran pembunuhan seorang ulama yang mencetuskan rusuhan hingga mengakibatkan seorang terbunuh.
Kumpulan itu menguasai beberapa batang jalan dengan membakar tayar di kawasan kediaman Islam Majengo, sebelum polis bersenjata menyuraikan kumpulan perusuh dan menguasai semula jalan-jalan yang dirampas.
Banyak perniagaan di kawasan perniagaan itu juga ditutup.
''Penduduk ini dan polis sedang membuat jenaka. Mereka memandang remeh isu ini, namun saya melihat isu ini tidak akan menjadi mudah,'' kata Kassim Ali, penjaga kedai kepada Reuters.
Semalam, lelaki bersenjata menembak seorang ulama, Aboud Rogo dengan keretanya dipenuhi kesan peluru dalam pembunuhan yang didakwa penduduk dilakukan oleh pihak polis.
Seorang lagi terbunuh dalam rusuhan berikutnya.
Washington dan Nairobi, keduanya menuduh pendakwah kontroversi itu membantu al-Shabaab, iaitu kumpulan pemberontak Islam Somalia. - REUTERS
Penduduk Islam Britain ketakutan
Obama pertahan penggunaan drone
Datuk Bandar Osaka digesa mohon maaf
Ahmad Fathanah didakwa beri habuan pada 45 wanita
5 maut serangan bom di Pattani
Rakyat Malaysia bilionair Australia
5 maut serangan bom di Pattani
Turki hadkan penjualan arak
Gempa bumi 8.2 skala Richter di pantai timur Rusia
Kereta, sekolah, kedai, bnalai polis dibakar dalam rusuhan di Scotland
Iran nafi ceroboh ruang udara Bahrain
Helikopter polis terhempas ketika kejar penculik, 5 terbunuh
Satelit Ecuador berlanggar serpihan roket Rusia
Filipina ikrar pertahan hak
Barat ancam sokong pemberontak Syria
Iran giat jalani aktiviti nuklear - IAEA
Pengarah Urusan IMF disiasat
Pendaki Jepun manusia tertua daki Everest
Canselor Jerman kekal teratas senarai Forber 100 wanita paling berkuasa
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









