ARKIB : 18/08/2012
4 maut kelab malam terbakar di Phuket
BANGKOK 17 Ogos - Empat maut dan sekurang-kurangnya 11 cedera dalam satu kebakaran di sebuah kelab malam di Phuket awal pagi ini, kata polis.
Polis berkata, dua wanita dan seorang lelaki merupakan antara yang terbunuh, namun keadaan mayat yang terbakar teruk menyebabkan identiti mereka sukar dikenal pasti.
"Empat warga Perancis merupakan antara mangsa yang cedera, seorang daripada mereka yang cedera parah kini menerima rawatan di hospital,'' kata polis.
Kelab Malam Tiger di pantai Patong itu juga dilaporkan hampir runtuh selepas kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 4 pagi waktu tempatan (3 pagi waktu Malaysia).
"Kebakaran mungkin berpunca akibat hujan lebat yang menyebabkan satu transformer meletup," kata seorang pegawai polis di daerah Kratu kepada Reuters.
Kematian berkenaan turut disahkan Timbalan Gabenor Phuket, Chamroen Tipayapongtada.
Thailand merupakan destinasi pelancongan popular yang menarik kira-kira 19 juta pelancong tahun lalu.
Seramai 66 orang maut dan lebih 200 yang lain cedera apabila satu kebakaran berlaku di sebuah kelab malam di Bangkok ketika sambutan tahun baru 2009. - REUTERS/AGENSI
Polis China tahan lelaki ancam letup pesawat
Bayi baru lahir dinamakan sempena Taufan Mahasen
Barangan kemas Chopard dicuri
43 maut dalam letupan di Iraq
Penduduk Hong Kong paling rasis
Israel mahu sahkan penempatan haram
Mahasen badai Myanmar, Bangladesh, 46 maut
Kenderaan pelancar peluru berpandu Korea Utara bertambah
Suami rasai sendiri pengalaman bersalin
1,000 penduduk China sertai demo halang bina kilang kimia
Taufan Mahasen membadai Teluk Bengal, 10 maut
China arah henti siar drama pertempuran dengan Jepun
Puting beliung badai Granbury
Barisan Nusra bunuh 11 askar Syria
4 maut akibat Taufan Mahasen
Rakyat berketurunan Cina malukan Malaysia di luar negara
Air manis tingkatkan risiko batu karang
Kecewa model landasan kereta api atas loteng diarah buka
Poland akan benarkan penyembelihan cara Islam
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









