VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 Ogos 2014 / 25 Syawal 1435  
  Carian Arkib
LUAR NEGARA

ARKIB : 11/08/2012

Pemberontak Syria ikrar terus 'berjuang'

Gambar agensi berita Arab Syria (SANA) merakamkan tentera Syria meronda di sebatang lebuh di bandar Aleppo, kelmarin. - AFP

ALEPPO, Syria 10 Ogos - Pemberontak Syria berikrar akan terus 'berjuang' di Aleppo, sehari selepas dipaksa berundur dari bandar tersebut ekoran serangan besar-besaran oleh tentera kerajaan, semalam.

Seorang komander pemberontak, Hossam Abu Mohammed berkata, pihaknya masih bertempur dengan tentera kerajaan di beberapa bahagian di daerah Salaheddin di tengah bandar ini selepas kebanyakan pemberontak berundur ekoran serangan tentera, semalam.

''Kami tidak akan melepaskan Salaheddin,'' katanya selepas dihubungi AFP ketika serangan hebat tentera Presiden Bashar al-Assad ke atas Aleppo memasuki hari ketiga.

Tentera kerajaan terus mengebom beberapa bahagian Salaheddin hari ini, serta daerah Sakhur dan Hanano di timur Aleppo, lapor Pasukan Pemerhati Syria bagi Hak Asasi, sambil menambah kata, dua terbunuh dalam serangan itu.

Sebelum itu, menjelang subuh, sebuah jet pejuang MiG 21 menggugurkan empat bom ke atas kedudukan pemberontak di Hanano, lapor wakil AFP.

Satu daripadanya mengenai kawasan perkarangan ibu pejabat Tentera Pembebasan Syria (FSA) dan satu lagi meletup dekat sebuah rumah kediaman, menceradakan beberapa orang penduduk.

Komander FSA, Hossam Abu Mohammed berkata, tentera melancarkan serangan bertubi-tubi dan menggunakan bom termionik yang menyebabkan tembok bangunan terbakar.

Dalam pada itu, Britain akan memberikan bantuan tambahan bernilai lima juta pound (RM24.5 juta) kepada pemberontak untuk membeli peralatan komunikasi dan perubatan.

Menteri Luar, William Hague dalam akhbar The Times berkata, Britain meningkatkan bantuan bukan senjata kepada pemberontak kerana rakyat Syria tidak boleh menunggu sementara langkah diplomasi diambil.

''Pada minggu ini, wakil saya bertaraf duta akan mengadakan pertemuan dengan elemen-elemen politik Tentera Pembebasan Syria,'' katanya. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.