VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 September 2014 / 6 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
LUAR NEGARA

ARKIB : 08/08/2012

Manila lumpuh akibat banjir

Beberapa orang penduduk Manila meredah banjir di sebatang lebuh di Marikina City, Metro Manila, semalam. - REUTER

MANILA 7 Ogos - Hujan lebat yang melanda ibu negara Filipina semalam menyebabkan sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dan tujuh lagi hilang, selain mengakibatkan bandar metropolitan ini lumpuh.

Separuh daripada Manila ditenggelami air dan memaksa sekurang-kurangnya 20,000 penduduk meninggalkan kediaman mereka.

Sekolah, pasaran kewangan dan kebanyakan pejabat kerajaan ditutup selepas jalan utama ke bandar yang dihuni kira-kira 15 juta orang ini ditenggelami air dengan beberapa kawasan dinaiki air setinggi paras lutut.

Menurut pegawai pertahanan awam, penduduk di kawasan setinggan di sepanjang Sungai Manila dan kawasan pembentungan melarikan diri ke kawasan selamat seperti ke sekolah, jimnasium dan bangunan kerajaan.

Jean Navarez daripada perkhidmatan cuaca negara memberi amaran, banjir yang dicetuskan oleh hujan monsun kali ini mungkin bertambah buruk kerana empangan La Mesa mula melepaskan air.

"Sekurang-kurangnya 50 peratus Metro Manila ditenggelami air. Hujan lebat juga akan berterusan dalam tempoh 24 jam dan banjir akan bertambah buruk," katanya.

Majlis Pengurusan dan Pengawalan Risiko Bencana Kebangsaan berkata, meskipun hanya 20,000 orang yang dipindahkan ke pusat pemindahan semalam, tetapi ramai lagi yang mendapatkan perlindungan di rumah sanak saudara.

Menurut pihak berkuasa, angka korban diseluruh negara selepas Filipina dilanda hujan lebat selama lapan hari sebelum ini ekoran Taufan Saola meningkat kepada 53 orang dengan lebih 268,000 lagi terpaksa meninggalkan kediaman mereka. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:24
Maghrib 7:21
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.