VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 April 2014 / 23 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
LUAR NEGARA

ARKIB : 03/08/2012

Taiwan tertutup dari dunia luar

Seorang penduduk Taiwan memerhati beberapa kenderaan yang ditenggelami banjir di bandar Taipei City baru ekoran dilanda Taufan Saola, semalam. - AFP

ILAN 2 Ogos - Taufan Saola membawa angin kencang dan hujan lebat melanda Taiwan, menyebabkan sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan memaksa hampir keseluruhan pulau itu 'ditutup' daripada dunia luar hari ini.

Hampir 200 penerbangan domestik dan antarabangsa dibatalkan dan pihak berkuasa menggantung operasi pasaran kewangan ekoran cuaca buruk.

Biro Cuaca Pusat berkata, taufan itu yang bergerak perlahan selepas membadai Filipina dan mengorbankan 23 orang, mula melanda timur bandar persisiran pantai Hualien pada pukul 3.20 pagi (1.20 pagi waktu Malaysia semalam) membawa angin berkelajuan hingga 155 kilometer sejam.

Berlaku kesesakan lalu-lintas di beberapa tempat di Taipei akibat pokok tumbang.

Laluan kereta api turut mengalami gangguan, manakala perkhidmatan kereta api laju yang menghubungkan Taipei ke bandar Kaohsiung terpaksa dikurangkan kepada 97 perjalanan berbanding 123 sebelum ini.

Kira-kira 3,000 rumah penduduk turut terjejas ekoran masalah bekalan elektrik terputus selama beberapa jam sebelum ia dipulihkan pada pukul 9.30 pagi, namun hanya untuk 5,000 rumah.

Saola merupakan taufan pertama melanda pulau ini pada tahun ini, membawa hujan lebat terutama di kawasan utara dan timur, sekali gus mendatangkan risiko berlaku kejadian tanah runtuh dan memaksa pihak berkuasa memindahkan lebih 1,500 penduduk.

Siaran televisyen yang diambil dari helikopter polis menunjukkan tanah runtuh menimbus jalan-jalan dan ladang serta mengancam beberapa rumah penduduk.

Pusat Operasi Kecemasan Pusat berkata, seorang lelaki tertimbus dalam kejadian tanah runtuh dan seorang anggota polis lemas ketika berkawal di daerah Sahsia di utara pulau ini.

Kematian ketiga dicatatkan di selatan Taiwan, di negeri Chiayi, apabila seorang penunggang motosikal maut selepas terlanggar sebatang pokok yang tumbang di atas jalan raya.

Di bandar Kaohsiung, seorang wanita terbunuh dihempap pokok ketika mangsa menaiki motosikal untuk mengedar akhbar. - AFP

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.