ARKIB : 02/08/2012
Etnik Rohingya ditindas kejam
BANGKOK 1 Ogos - Kumpulan hak asasi manusia Human Rights Watch (HRW) mendedahkan, tentera Myanmar membunuh, merogol dan membuat penahanan besar-besaran ke atas penduduk Islam Rohingya selepas rusuhan kaum di utara negara ini tercetus pada Jun lalu.
Menerusi satu laporannya yang didedahkan hari ini, kumpulan tersebut menyatakan bahawa pihak berkuasa Myanmar hanya melakukan sedikit usaha untuk menghalang ketegangan awal daripada terus merebak.
Kumpulan hak asasi yang beribu pejabat di New York itu menyatakan, kakitangan bantuan turut dihalang menjalankan tugas mereka dan dalam beberapa kes, etnik Rohingya terus menjadi mangsa tindakan kekerasan kerajaan di negeri Rakhine selepas tercetusnya rusuhan kaum itu.
Berdasarkan kepada 57 temu bual dengan penduduk Rakhine dan Rohingya, laporan itu berusaha mencari penjelasan mengenai konflik yang mencetuskan rusuhan kaum dan memberi fokus kepada janji kerajaan baru Myanmar yang mahu melindungi hak asasi manusia selepas berdekad-dekad di bawah pemerintahan tentera yang kejam.
"Tentera Myanmar gagal melindungi penduduk Rakhine dan etnik minoriti Rohingya daripada bergaduh sesama sendiri dan melancarkan kempen keganasan serta tangkapan besar-besaran terhadap kumpulan minoriti itu.
"Myanmar sebelum ini mendakwa untuk terus komited dalam menamatkan pertempuran etnik dan penindasan, tetapi insiden di Rakhine baru-baru ini membuktikan mereka menggalakkan penganiayaan dan diskriminasi," kata Pengarah HRW Asia, Brad Adams.
Adams yang turut mengecam Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) yang memuji kerajaan Myanmar dalam menangani ketegangan itu berkata, masyarakat antarabangsa telah 'dibutakan dengan kisah perubahan' di negara itu.
HRW berkata, polis dan tentera tidak campur tangan menghalang perusuh daripada memukul penduduk Islam sehingga mati.
"Ketika rusuhan berlaku, beberapa etnik Rohingya yang cuba melarikan diri keluar daripada rumah yang dibakar ditembak mati oleh anggota separa tentera," kata HRW.
Sementara itu, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang dianggotai oleh 57 negara, menggesa masyarakat Islam di seluruh dunia memberi bantuan politik, kemanusiaan dan kewangan kepada mangsa-mangsa keganasan di Rakhine.
"Ini adalah krisis kemanusiaan yang besar, malangnya masyarakat antarabangsa dan komuniti Islam tidak mengendahkannya.
"Di bulan Ramadan ini, saya menggesa semua penganut Islam meningkatkan sumbangan kerana berpuluh-puluh ribu orang telah kehilangan tempat tinggal dan mereka sangat memerlukan kediaman, makanan, ubat-ubatan serta bantuan kemanusiaan, kewangan dan politik," kata Setiausaha Agung OIC, Ekmeleddin Ihsanoglu dalam satu sidang media, semalam. - REUTERS
Penduduk Palestin anjur demonstrasi
Mangsa culik guna Google Maps cari semula keluarga
Lelaki benci gay tembak mati seorang lelaki homoseksual
Israel mahu lancar banyak serangan
Iran: Mungkin berlaku rusuhan
Pyongyang ujian peluru berpandu lagi
Filipina tunggu kemarahan Taiwan reda
Berpuluh cedera kereta terbabas langgar perarakan
Tentera Nigeria gempur kubu pemberontak, 10 maut
Kumpulan bersenjata culik bapa Timbalan Menteri Luar Syria
Demonstrasi serang gay
Korea Utara lancar peluru berpandu
Kereta api berlanggar, 60 cedera
Pelakon lari selamatkan diri
Kes kematian nelayan: Filipina sangkal dakwaan Taiwan
Polis China tahan lelaki ancam letup pesawat
Bayi baru lahir dinamakan sempena Taufan Mahasen
Barangan kemas Chopard dicuri
43 maut dalam letupan di Iraq
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









