ARKIB : 01/08/2012
Tentera Syria perhebat serangan di Aleppo diperhebat
ALEPPO 31 Julai - Tentera Syria meningkatkan kempen untuk mengusir pemberontak dari Aleppo, manakala kumpulan pemberontak menyatakan mereka masih menguasai bandar ini dan bersedia menjadikan bandar terbesar di Syria itu sebagai 'kubur tentera kerajaan'.
Pemberontak turut menolak dakwaan bahawa tentera kerajaan berjaya merampas daerah Salaheddin di barat daya Aleepo.
Seorang wartawan Reuters mendengar helikopter tentera kerajaan melepaskan tembakan mesingan berat di timur Aleppo hari ini, buat pertama kali selepas beberapa hari.
Hospital dan klinik sementara di timur bandar ini yang dikuasai pemberontak, dipenuhi mangsa yang cedera sejak pertempuran bermula seminggu lalu.
''Kadangkala kami menerima antara 30 dan 40 orang yang cedera. Ini tidak termasuk mayat.
''Beberapa hari lalu, kami menerima 30 orang yang cedera dan 20 mayat tetapi separuh daripadanya telah berkecai. Kami tidak dapat mengenal pasti identiti mereka,'' kata seorang petugas muda di sebuah klinik.
Pemantau Hak Asasi Manusia pula berkata, lebih 100 orang termasuk 73 orang awam terbunuh di Syria semalam, termasuk lima pemberontak dalam pertempuran di Salaheddin.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, kira-kira 200,000 orang meninggalkan Aleppo bagi menyelamatkan diri sejak kelmarin. - REUTERS
Thein Sein gesa henti keganasan
Puting beliung landa Oklahoma City, 91 terbunuh
Israel balas tembakan ke arah Syria
Palestin beri peluang pada AS
Isu pengundi hantu undang kemarahan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh
51 terbunuh puting beliung landa Oklahoma City
Krew keracunan makanan, Pesawat terpaksa mendarat di Paris
Rusia gagalkan plot pengganas serang Moscow
Dua maut dalam letupan bom kereta di Rusia
Tentera Syria gempur Qusayr
Dr. Mahathir saran Mesir guna model Malaysia
AS dilanda ribut, seorang terbunuh
PTI tambah satu kerusi
200 anggota Ansar al-Sharia ditahan
China minta Pyongyang campur tangan
India, China setuju selesai isu sempadan
Puting beliung, hujan batu melanda utara AS
10 polis Iraq terbunuh dalam serangan militan
Letupan di Hotel Asia, 6 cedera
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









