ARKIB : 18/08/2012
Kehilangan Sharlinie masih dirasai
SETIAP kali umat Islam bergembira pada pagi Hari Raya Aidilfitri, lain pula suasana di rumah keluarga Sharlinie Mohd. Nashar di Kampung Padang Pulut, Dungun, Terengganu.
Mohd. Nashar Mat Hussain, 33, akan duduk sambil termenung seketika, kakak Sharlinie, Nurul Amirah pula seakan tidak gembira manakala si ibu runsing memikirkan kelibat kedua-dua mereka.
Bagaimanapun suasana itu hanya seketika dan keadaan pulih apabila hati masing-masing terhibur dengan kelibat anak lelaki tunggal dalam keluarga itu iaitu Adam Nashar, setahun tujuh bulan.
Walaupun perasaan gembira bukan dari dasar hati namun kepahitan terpaksa ditelan kerana kehilangan Sharlinie sejak 9 Januari 2008 terus menjadi misteri sehingga hari ini.
Sebagai anak perempuan bongsu di antara tiga beradik, Sharlinie yang mesra dipanggil Nini tidak pernah menimbulkan masalah kepada kakak dan ibu bapanya.
Mengimbau semula kenangan berhari raya bersama Sharlinie, ibunya, Suraya Ahmad, 32, berkata, ketiga-tiga anak perempuannya akan memakai baju sama warna pada pagi raya.
Menurutnya, persamaan itu adalah pilihan dia dan suaminya seperti tahun-tahun sebelumnya.
"Nini dan kakaknya tidak akan membantah warna dan corak baju yang dipilih untuk mereka pakai.
"Malah Nini adalah yang paling mudah kerana dia akan memakai dengan gembira setiap pakaian yang dibeli termasuk baju raya," katanya.
Ketika penulis bertanya berhubung mungkin terdapat baju kurung milik Nini yang masih disimpan, Suraya lantas bangun dan memasuki bilik.
Ketika dia keluar dengan memegang sepasang baju kurung yang siap diseterika itu dengan kedua-dua belah tangan, penulis dapat merasakan bertapa keluarga itu merindui Nini.
Ini kerana, walaupun baju kurung berkenaan hanya sebahagian daripada pakaian Nini yang disimpan selepas selebihnya diambil bagi tujuan perubatan tradisional, namun ia disimpan dengan begitu kemas.
Ditanya mengenai makanan kesukaan Nini pada hari raya, Suraya memberitahu, kanak-kanak itu tidak cerewet dengan makanan yang diberikan.
"Bukan setakat masa raya, tetapi pada bulan puasa pun Nini tidak pilih makanan, apa yang kami makan dia akan makan.
"Begitu juga di bazar Ramadan, Nini hanya melihat apa yang dibeli dan makan makanan tersebut," ujarnya.
Wajah sedih peniaga segar dalam ingatan
Batal percutian, bergegas pulang
‘Mujur tutup kedai awal’
Bagaikan babak filem The Towering Inferno
Putera Minangkabau tuntut hak
Tangga jadi strategi keselamatan
Arkitek baru kagum seni bina lama
Peristiwa aneh di kamar istana lama
Saksi kehebatan pemerintah Melayu
Dua 'permata' yang terus lenyap
Popular kerana sajian enak mi udang
Industri tertua Kuala Sepetang
Menjejak ikan lumba-lumba di muara
Pencetus projek rumah pangsa
Rumah pangsa simbol negara membangun
Memori berpindah ke 'sarang merpati'
Razak Mansion dalam dunia tersendiri
'Harta' yang ditinggalkan
Industri bijih timah janji pulangan lumayan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









