VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Oktober 2014 / 7 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
LAPORAN KHAS

ARKIB : 18/08/2012

'Kak Ngah sentiasa bersama kami'

Jazimin Abd. Jalil dan Norazian Bistaman bersama empat anak mereka sentiasa merindui Nurin Jazlin dan berharap pihak bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan.

SETIAP masa, walau di mana sahaja kami berada, Kak Ngah sentiasa bersama kami sekeluarga. Kami tidak pernah melupakannya," demikian luah Norazian Bistaman memulakan bicara tentang anak keduanya itu.

Kak Ngah atau nama sebenarnya, Nurin Jazlin Jazimin, dilaporkan hilang pada 20 Ogos 2007 selepas pergi ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Misteri kehilangan Nurin Jazlin yang menggemparkan negara itu bagaimanapun terjawab sebulan selepas itu iaitu pada 20 September 2007 apabila ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan mayat kanak-kanak yang ditemui dalam beg sebagai Nurin Jazlin.

Walaupun reda dengan ketentuan Ilahi, namun jauh di sudut hati, pemergian Allahyarham Nurin Jazlin masih dirasai hingga hari ini walaupun hampir lima tahun peristiwa itu berlaku.

Kehadiran Syawal esok lagi menguatkan lagi ingatan kepada Nurin Jazlin.

''Sebagai ibu, tiada sesaat hati ini pernah melupakan Nurin Jazlin, namun apakan daya, takdir telah menentu segalanya.

''Walaupun pahit tetapi ia terpaksa ditelan jua, sambil meneruskan hidup seharian bersama ahli keluarga lain,'' ujarnya.

Katanya, kenangan bersama Nurin Jazlin semakin kuat apabila melihat kuih dan juadah Hari Raya yang menjadi kegemaran Allahyarham.

Norazian menambah, anak bongsu yang dilahirkan tahun lalu kini sudah banyak mengetahui mengenai 'kehadiran' Allahyarham yang pernah menyinari keluarga itu.

Walaupun menjadi rutin keluarga itu menyambut Aidilfitri di Selama, Perak, keadaan itu tidak bermakna pusara Allahyarham tidak dikunjungi sempena hari lebaran itu.

"Pagi raya kami di Selama, Perak, jadi tidak dapat ke pusara Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Gombak. Namun ia tidak menjadi masalah kerana kami sentiasa menziarahi kuburnya setiap Jumaat.

"Ia menjadi rutin untuk keluarga kami sejak Allahyarham dikebumikan lima tahun lalu," kata Norazian.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:05
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.