ARKIB : 02/08/2012
Monopoli: Guna Akta Persaingan 2010
Ruang dan peluang pasti ada jika usaha dilakukan secara bersungguh-sungguh dan dengan perancangan rapi.
Selain itu, pada masa sama, usaha juga perlu dicari bagi memecah benteng yang menghalang peniaga Melayu dan bumiputera untuk berjaya dalam perniagaan telefon bimbit.
Bahagian akhir Laporan Khas mengenai penglibatan peniaga Melayu dan bumiputera dalam peniagaan telefon bimbit, melihat kaedah merapatkan jurang sedia ada serta langkah yang perlu dilakukan peniaga Melayu untuk berjaya dalam perniagaan berkenaan.
KUALA LUMPUR 1 Ogos - Akta Persaingan 2010 yang berkuat kuasa Januari lalu boleh digunakan bagi memecah monopoli yang didakwa berlaku di dalam rantaian perniagaan telefon bimbit.
Ketua Kluster Ekonomi dan Pengurusan Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali berkata, selain melindungi peniaga, langkah itu dapat menjamin keadilan untuk semua pihak dalam perniagaan tersebut.
“Dalam situasi sekarang, kita melihat dengan jelas rantaian akhir perniagaan sememangnya dikuasai peniaga bukan bumiputera.
“Namun, peniaga yang merasakan terdapat kegagalan pasaran terlebih dahulu perlu memastikan adakah keseluruhan rantaian tersebut hanya dimonopoli satu pihak sahaja," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Kata Noor Azlan, antara langkah lain untuk merapatkan jurang dalam industri telekomunikasi ini ialah dengan mewujudkan rangkaian baru dalam pasaran di kalangan bumiputera.
Menurutnya, ini termasuk mewujudkan konsortium antara usahawan bumiputera yang berjaya dengan peniaga-peniaga baru menggunakan terma yang lebih sesuai.
Dekan Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof Dr. Shazali Abu Mansor pula berkata, syarikat milik kerajaan (GLC) seperti Celcom boleh memainkan peranan membantu peniaga bumiputera dengan menyediakan tapak perniagaan stratergik pada kadar sewa berpatutan.
“Pada masa sama, kerajaan juga perlu menyediakan pasaran untuk peniaga-peniaga bumiputera baru agar mereka mempunyai daya saing dengan peniaga bukan bumiputera di masa hadapan," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.
Shazali tidak menafikan bahawa seluruh industri telekomunikasi di negara ini dimonopoli bukan bumiputera.
Jelasnya, bukan sahaja di peringkat peniaga telefon bimbit tetapi hakikatnya, mereka yang terlibat dalam industri tersebut seperti pengeluar serta operator bukan bumiputera telah menguasai pasaran negara.
“Bagaimanapun, dasar liberalisasi yang diamalkan dalam ekonomi negara telah membataskan campur tangan kerajaan dalam menyekat kuasa monopoli bukan bumiputera," katanya.
Wajah sedih peniaga segar dalam ingatan
Batal percutian, bergegas pulang
‘Mujur tutup kedai awal’
Bagaikan babak filem The Towering Inferno
Putera Minangkabau tuntut hak
Tangga jadi strategi keselamatan
Arkitek baru kagum seni bina lama
Peristiwa aneh di kamar istana lama
Saksi kehebatan pemerintah Melayu
Dua 'permata' yang terus lenyap
Popular kerana sajian enak mi udang
Industri tertua Kuala Sepetang
Menjejak ikan lumba-lumba di muara
Pencetus projek rumah pangsa
Rumah pangsa simbol negara membangun
Memori berpindah ke 'sarang merpati'
Razak Mansion dalam dunia tersendiri
'Harta' yang ditinggalkan
Industri bijih timah janji pulangan lumayan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









