ARKIB : 01/08/2012
Jualan gajet bakal cecah RM7b
Sampai bila keadaan itu harus dibiarkan berlaku sedangkan potensi bidang perniagaan tersebut sangat lumayan.
Justeru siri kedua laporan khas penglibatan peniaga Melayu dan bumiputera dalam perniagaan telefon bimbit, wartawan Utusan Malaysia melihat potensi dan peluang yang disediakan bidang tersebut.
Turut disentuh pengalaman, cabaran serta suka duka peniaga Melayu yang pernah terbabit dalam bidang itu.
KUALA LUMPUR 31 Julai - Percaya atau tidak, sepanjang tahun lalu rakyat di negara ini membelanjakan sebanyak RM6.3 bilion untuk membeli 9.3 juta unit telefon bimbit.
Jumlah itu merupakan peningkatan sebanyak 41 peratus berbanding 2010 yang merekodkan jualan sebanyak RM4.5 bilion membabitkan kira-kira 7.5 juta unit telefon bimbit.
Syarikat penyelidikan pasaran, GfK Malaysia dalam laporannya menyebut telefon pintar merupakan penyumbang utama kepada keseluruhan jualan telefon bimbit di negara ini.
Pengurus Besar GfK Malaysia, Jennifer Chan berkata, nilai jualan telefon pintar meningkat secara konsisten malah mewakili 89 peratus daripada keseluruhan jualan telefon bimbit pada tahun lalu.
‘‘Menyedari telefon pintar adalah masa depan industri telefon bimbit, kami menjangkakan nilai jualan gajet itu akan meningkat sehingga 47 peratus atau 10.7 juta tahun ini,’’ katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.
Jennifer berkata, penjualan tablet turut meningkat mendadak lebih lima kali ganda pada suku akhir 2011 berbanding suku akhir yang sama tahun sebelumnya.
“Walaupun tablet baru setahun di pasaran, tahun lalu hampir 656,000 unit tablet telah dijual, sekali gus menyaingi jualan komputer riba," katanya.
Sementara itu, data Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyatakan hampir 20 juta telefon bimbit telah diluluskan penjualannya di pasaran tempatan di bawah Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000.
Daripada jumlah itu, sebanyak 7.1 juta diluluskan pada 2010; 9.8 juta (2011) manakala tiga juta untuk tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
Wajah sedih peniaga segar dalam ingatan
Batal percutian, bergegas pulang
‘Mujur tutup kedai awal’
Bagaikan babak filem The Towering Inferno
Putera Minangkabau tuntut hak
Tangga jadi strategi keselamatan
Arkitek baru kagum seni bina lama
Peristiwa aneh di kamar istana lama
Saksi kehebatan pemerintah Melayu
Dua 'permata' yang terus lenyap
Popular kerana sajian enak mi udang
Industri tertua Kuala Sepetang
Menjejak ikan lumba-lumba di muara
Pencetus projek rumah pangsa
Rumah pangsa simbol negara membangun
Memori berpindah ke 'sarang merpati'
Razak Mansion dalam dunia tersendiri
'Harta' yang ditinggalkan
Industri bijih timah janji pulangan lumayan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









