ARKIB : 31/07/2012
Diskriminasi, monopoli realiti perniagaan telefon bimbit
KUALA LUMPUR 30 Julai - Mungkin pahit untuk diakui tetapi realitinya berlaku diskriminasi dan monopoli dalam perniagaan telefon bimbit.
Perkara itu diakui beberapa peniaga yang ditemui Utusan Malaysia dalam tinjauan di beberapa negeri baru-baru ini.
Seorang pekerja di Jusco Kinta City, Ipoh, Perak yang hanya mahu dikenali sebagai Jas memberitahu, walaupun kios-kios di situ beroperasi atas nama yang berbeza, tetapi ia sebenarnya dikuasai oleh seorang atau dua tauke sahaja.
"Tauke inilah yang menentukan segala-galanya termasuk harga produk, kalau ada beza pun hanya sedikit. Misalnya, kalau kios 1 jual telefon bimbit dengan harga RM1,000, kios 2 mungkin RM980, jadi bezanya mungkin dari segi jumlah komisen.
"Dalam keadaan begini, agak sukar untuk bumiputera masuk kerana hanya mereka yang mempunyai modal tinggi sahaja boleh dapat produk jualan dengan harga murah. Peniaga Cina pula akan mendapat tawaran harga lebih murah," katanya.
Jas memberitahu, sebelum ini terdapat peniaga Melayu yang mencuba nasib berniaga di situ tetapi akhirnya 'mengalah' kerana sewa yang mahal mencecah RM5,000 sebulan selain kos jualan yang tinggi berbanding harga yang diberi kepada peniaga Cina.
Seorang lagi peniaga, Mohd. Zulhelmi Talib, 31, berkata, cabaran sebagai peniaga bumiputera cukup kuat kerana diskriminasi yang sengaja dicipta, menyukarkan untuk terus kekal lama dalam industri ini.
"Berdasarkan pengalaman, stok telefon baru hanya diberikan kepada peniaga tertentu dahulu dan jika ada lebih baru kita dapat.
"Bayangkan semua stok perlu dibeli dengan tunai sedangkan dengan peniaga terpilih tersebut mereka masih boleh bertolak ansur," ujarnya yang menjalankan perniagaan telefon bimbit dan aksesori di pusat beli-belah Kuantan Parade, Kuantan, Pahang.
Justeru, katanya, dia berharap kerajaan dapat membuka mata dengan memberi syarat kepada vendor seperti Samsung atau Nokia dalam pengagihan kuota untuk pengedar atau pengusaha bumiputera.
"Jika tidak, peniaga Melayu tidak akan pergi jauh kerana sukar untuk bersaing dengan perniagaan yang kian dimonopoli kaum tertentu.
"Bagaimana hendak berniaga kalau mereka boleh menjual harga sebuah telefon bimbit terkini dengan harga yang lebih murah dari kos yang kita dapat?" soalnya.
Sementara itu, pemerhatian Utusan Malaysia di City Plaza dan Sentosa Mall, Alor Setar, Kedah mendapati wujud rangkaian perniagaan terancang membabitkan pembekal, penyimpan stok serta pengedar sekali gus memonopoli perniagaan tersebut.
Ia terbukti apabila wartawan Utusan Malaysia mengunjungi sebuah kios dan bertanya kepada jurujual apakah mereka mempunyai sarung telefon bimbit yang berpadanan dengan telefon bimbit digunakan penulis.
Selepas melihat jenis telefon bimbit tersebut, jurujual berkenaan memberitahu aksesori yang diinginkan itu tidak dijual di kiosnya tetapi dia boleh mendapatkannya di tempat lain.
Jurujual berkenaan kemudian menghilang sebentar sebelum kembali dengan membawa sarung telefon bimbit seperti yang dikehendaki penulis.
Meskipun aksesori tersebut diperoleh dari tempat lain, juru jual itu tetap mengeluarkan resit atas nama kiosnya.
Peniaga terjejas, tutup perniagaan seminggu
Pindah anak guna periuk
Selamat kerana rumah terapung
Hujan tanpa henti, air pasang punca banjir
Siren jadi penyelamat
60 jam 'bertarung nyawa'
Latihan tujuh bulan 'menjadi'
Kru sokongan gigih bertugas
KE7B, kelab kecil berjiwa besar
Suka duka 5 pendaki Felda
Kejayaan 100% menakjubkan
Acara yang tidak mahu dilepaskan
Warisi kerjaya bapa kendali wayang pacak
Belajar wayang sejak kecil
Wayang pacak relevan
Popularkan Jabatan Penerangan
Harga sebuah keamanan
Pengalaman terserempak pengganas
Tembakan bermula serentak azan Isyak
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










