ARKIB : 14/07/2012
Kubur di sebalik 'hutan batu'
BERCAKAP mengenai Jalan Ampang, dua perkara yang pantas bermain di fikiran. Pertama, Menara Berkembar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) yang menjadi kebanggaan negara dan yang keduanya adalah kesesakan jalan raya yang sering mendatangkan kepeningan kepada ramai pemandu.
Dipenuhi 'hutan batu' yang menggunung tinggi, kawasan itu sememangnya menjadi tumpuan ramai. Daripada pelbagai jenis pejabat sehinggalah tempat membeli-belah serta kelab-kelab hiburan, semuanya ada di situ,
Di sebalik semua itu, mungkin ramai tidak menyedari kewujudan tanah perkuburan seluas 12 hektar yang bermula dari belakang bangunan Public Bank, merentasi Hotel Maya dan melepasi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Lai Meng di situ.
Terletak di tengah-tengah bandar, kawasan perkuburan itu nyata menarik perhatian, memandangkan ia tetap terpelihara meskipun nilainya mampu mencecah ratusan juta ringgit jika dikomersialkan.
Carian di Internet menunjukkan ramai yang beranggapan kawasan perkuburan itu merupakan yang tertua di Kuala Lumpur.
Anggapan itu bagaimanapun tidak benar kerana peta Kuala Lumpur yang dikeluarkan pada 1889 menunjukkan bahawa tanah perkuburan tersebut masih belum wujud pada waktu itu.
Tercatat di situ, hanya dua tanah perkuburan di Kuala Lumpur pada ketika itu yang mana salah satu daripadanya terletak di pertemuan Sungai Klang dan Sungai Gombak iaitu tapak Masjid Jamek, Jalan Tun Perak hari ini.
Satu lagi terletak di kawasan bernama 'Hokkien Kongsi' berdekatan Kampung Pudu dengan catatan Lot 1413.
Menurut rekod yang terdapat pada Lembaga Penempatan Tanah Pertanian Melayu atau Malay Agriculture Settlement (MAS), tanah perkuburan itu bermula pada 1896 di mana setiap orang Islam tanpa mengira asal-usul serta kaum dan bangsa di Kuala Lumpur boleh dikebumikan di situ.
Maka tidak hairanlah jika terdapat batu-batu nisan yang tertulis nama seperti Baboo s/o Germi, Faridah Chong Kim Lian, Khatija Bee mahu pun Sheik Ali Rawther di situ.
Kenyataan itu juga sukar disangkal bersandarkan kepada reka bentuk kubur-kubur lama yang terdapat di situ.
Sebahagian daripadanya mempunyai seni binaan utuh sehingga mengambil ruang yang besar seakan dipengaruhi seni bina kubur-kubur di luar negara termasuk daripada Barat.
Terdapat dua versi cerita tentang bagaimana kawasan itu dipilih menjadi tanah perkuburan.
Pertamanya, dikatakan ia diwartakan oleh Perbandaran Kuala Lumpur setelah mendapati kawasan itu berhampiran dengan perkampungan Melayu iaitu Kampung Baharu serta Kampung Cendana (kini sekitar Kondominium Cendana dan Hotel Renaissance) yang sekarang sudah pun lenyap daripada peta ibu negara.
Keduanya, dikatakan terdapat individu yang mewakafkan tanah tersebut untuk dijadikan kawasan perkuburan dan insan berhati mulia itu turut dikebumikan di situ.
Seperkara yang menarik tentang tanah perkuburan itu adalah ia menempatkan ramai individu yang berjasa kepada negara terdiri daripada golongan pemimpin serta jabatan kerajaan.
Antaranya ialah Ketua Polis Negara kedua, Tun Mohamed Salleh Ismael dan Ketua Polis Negara ketiga, Tan Sri Abdul Rahman Hashim yang meninggal dunia akibat dibunuh komunis pada 7 Jun 1974.
Selain itu ia turut menempatkan pusara beberapa bekas Menteri Besar Selangor termasuk Datuk Harun Idris dan Tan Sri Ahmad Razali Mohamed Ali yang juga merupakan abang kepada isteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Dr. Siti Hasmah.
Bagi yang meminati sejarah, anda tidak seharusnya melepaskan peluang untuk menatap sendiri pusara Raja Alang iaitu antara orang terkaya di Kuala Lumpur pada 1880-an sehingga wujudnya Jalan Raja Alang dan Sutan Puasa yang merupakan antara individu membuka Kuala Lumpur.
Bagi yang meminati bidang seni pula, jangan lupa untuk menziarahi pusara trio Do Re Mi iaitu Tan Sri P. Ramlee, A. R Tompel dan Ibrahim Din serta biduanita negara Puan Sri Saloma yang turut berada di situ.
Wajah sedih peniaga segar dalam ingatan
Batal percutian, bergegas pulang
‘Mujur tutup kedai awal’
Bagaikan babak filem The Towering Inferno
Putera Minangkabau tuntut hak
Tangga jadi strategi keselamatan
Arkitek baru kagum seni bina lama
Peristiwa aneh di kamar istana lama
Saksi kehebatan pemerintah Melayu
Dua 'permata' yang terus lenyap
Popular kerana sajian enak mi udang
Industri tertua Kuala Sepetang
Menjejak ikan lumba-lumba di muara
Pencetus projek rumah pangsa
Rumah pangsa simbol negara membangun
Memori berpindah ke 'sarang merpati'
Razak Mansion dalam dunia tersendiri
'Harta' yang ditinggalkan
Industri bijih timah janji pulangan lumayan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









