ARKIB : 02/07/2012
Masih gagal pamer logo halal
KUALA LUMPUR 1 Julai - Pengusaha restoran dan kedai makan didapati masih ingkar untuk mempamerkan logo halal di premis masing-masing walaupun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengumumkan penggunaannya berkuatkuasa hari ini.
Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar ibu kota mendapati kebanyakan premis makanan termasuk kedai masakan Melayu dan restoran mamak beroperasi seperti biasa tanpa mempamerkan logo halal yang telah ditetapkan.
Pelbagai alasan diberikan mereka termasuk menyalahkan Jakim yang didakwa lewat memproses permohonan dibuat.
Seorang penyelia di sebuah kedai mamak, Irshad Sharikat, 23, berkata, pengusahanya sudah memohon sijil serta logo halal Jakim, namun belum dipamerkan kerana ia berada di pejabat.
"Kami mempunyai logo halal dari Jakim tetapi belum ditampal kerana logo itu disimpan di pejabat dan bos pula berada di luar kawasan," katanya.
Seorang lagi penyelia, Hamid Abu Salleh, 42, berkata, Jakim masih belum meluluskan permohonan sijil serta logo halal walaupun pihaknya telah memohon beberapa tahun lalu.
"Kami sudah dua tahun membuat permohonan sijil dan logo halal dari Jakim, namun sehingga kini, masih tiada apa-apa berita mengenai permohonan kami sama ada diluluskan atau tidak," ujar.
Sebuah lagi kedai mamak juga tidak mempamerkan logo halal Jakim sebaliknya hanya mempamerkan sijil halal dari Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma).
Pekerjanya, Kadir Syed Ibrahim, 27, berkata, kebanyakan kedai mamak menggunakan sijil halal dari Presma.
"Kami tahu kesan akibat sekiranya gagal mempamerkan logo halal Jakim dan kami sudah membuat permohonan dari Jakim. Enam bulan kami membuat permohonan namun sehingga kini, belum dapat sebarang maklum balas," jelasnya.
Sementara itu, sebuah kedai masakan Melayu yang mempamerkan logo halal Jakim menyangkal dakwaan bahawa proses menunggu kelulusan sijil dan logo Jakim mengambil masa yang lama.
Pegawai operasinya, Ella Suhaila Abd. Rahman, 32, berkata, pihaknya hanya menunggu selama dua bulan untuk proses permohonan tersebut.
"Memang tiada masalah berurusan dengan Jakim sekiranya semua dokumen dikehendaki disediakan untuk memudahkan proses permohonan.
"Lagipun, sijil serta logo halal Jakim lebih menyakinkan para pengunjung untuk menjamu selera selain memberi jaminan kepada pengunjung terhadap tahap kebersihan sesebuah premis makanan tersebut," jelasnya.
Wajah sedih peniaga segar dalam ingatan
Batal percutian, bergegas pulang
‘Mujur tutup kedai awal’
Bagaikan babak filem The Towering Inferno
Putera Minangkabau tuntut hak
Tangga jadi strategi keselamatan
Arkitek baru kagum seni bina lama
Peristiwa aneh di kamar istana lama
Saksi kehebatan pemerintah Melayu
Dua 'permata' yang terus lenyap
Popular kerana sajian enak mi udang
Industri tertua Kuala Sepetang
Menjejak ikan lumba-lumba di muara
Pencetus projek rumah pangsa
Rumah pangsa simbol negara membangun
Memori berpindah ke 'sarang merpati'
Razak Mansion dalam dunia tersendiri
'Harta' yang ditinggalkan
Industri bijih timah janji pulangan lumayan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









