ARKIB : 02/07/2012
Logo halal tak dipatuhi
KUALA LUMPUR 1 Julai - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) digesa bertindak tegas terhadap para pengusaha restoran dan kedai makan yang masih ingkar mempamerkan logo halal diiktiraf di premis masing-masing walaupun sudah diberikan tempoh enam bulan untuk berbuat demikian.
Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, hanya dengan tindakan tegas sahaja mampu mendidik pengusaha restoran agar memandang serius kesalahan tersebut kerana ia melibatkan kepentingan umat Islam.
‘‘Seingat saya sehingga kini, belum ada satu pun tindakan undang-undang secara tegas diambil bagi menghukum mereka yang mempamerkan logo halal bukan daripada Jakim.
‘‘Jika bertindak tegas, sudah tentu mereka yang terbabit gentar mengingkari arahan dan memilih tidak menggunakan logo halal selain daripada Jakim," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan ramai pengusaha kedai makan dan restoran yang masih ingkar mematuhi penggunaan sijil dan logo halal yang dikeluarkan oleh Jakim dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) biar pun ia berkuat kuasa mulai hari ini.
Sementara itu, Presiden Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Amir Amsaa Alla Pitchay berkata, pengguna perlu memainkan peranan bagi memastikan kedai makan dikunjungi betul-betul menggunakan logo halal diiktiraf.
‘‘Mungkin jika kuasa Jakim sahaja sukar untuk mendidik pengusaha terlibat tetapi sekiranya pengguna khususnya umat Islam turut menggunakan kuasa memilih mereka, sudah tentu perkara ini akan selesai.
‘‘Jika pengguna hanya memilih untuk mengunjungi kedai-kedai yang mempunyai logo halal Jakim, ia akan memangkin pengusaha makanan lain untuk memohon logo halal itu sahaja dan bukannya daripada pihak lain," ujarnya.
Pengalaman terserempak pengganas
Tembakan bermula serentak azan Isyak
Khairul Mukmin dan Ops Daulat
Tinggal bantuan 1MDB, 1M4U
Kerja baiki rumah hampir siap
Gempar seluruh KL
Wajah sedih peniaga segar dalam ingatan
Batal percutian, bergegas pulang
‘Mujur tutup kedai awal’
Bagaikan babak filem The Towering Inferno
Putera Minangkabau tuntut hak
Tangga jadi strategi keselamatan
Arkitek baru kagum seni bina lama
Peristiwa aneh di kamar istana lama
Saksi kehebatan pemerintah Melayu
Dua 'permata' yang terus lenyap
Popular kerana sajian enak mi udang
Industri tertua Kuala Sepetang
Menjejak ikan lumba-lumba di muara
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









