ARKIB : 29/06/2012
Resolusi
Seminar Bahasa Kesusasteraan Dan Kebudayaan Dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena)
Ketetapan-Ketetapan
Bahasa
1Persidangan menegaskan bahawa sebarang ulang kaji sistem pendidikan nasional dalam negara mestilah berlandaskan Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan Perkara 152- bahasa Kebangsaan, Akta 32 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 dan Akta Pendidikan 1961, Akta 550 Pendidikan 1996 yang kesemuanya meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa pengantar di dalam sistem pendidikan kebangsaan. Sebarang penyelewengan daripada semua peruntukan tersebut merupakan perlanggaran serius kepada undang-undang negara.
Sekiranya terdapat warganegara yang menganjurkan selain daripada peruntukan ini hendaklah mereka dianggap sebagai anti nasional serta penjenayah. Jika pihak kerajaan yang menyeleweng daripada peruntukan ini mereka dianggap telah melakukan sesuatu yang tidak bertanggungjawab, melanggar ikrar dan wajib meletakkan jawatan.
2Falsafah pendidikan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan mestilah dilaksanakan dengan sempurna kepada semua murid dan pelajar di semua tahap persekolahan.
3Kelulusan bahasa Kebangsaan yang cekap mestilah menjadi syarat kelulusan mendapat taraf kewarganegaraan. Kelulusan bahasa lisan yang fasih mesti menjadi syarat untuk mendapatkan kewarganegaraan.
4Pengantar bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan mesti berlaku di semua tahap pendidikan termasuk tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan pengajian tinggi.
5Persidangan menolak sistem pendidikan sekolah antarabangsa tanpa kuota dan mahu pelajar Malaysia yang menuntut di sekolah berkenaan disyaratkan mengikuti pengajian Malaysia sama seperti pelajar-pelajar di institut pengajian tinggi swasta (IPTS).
6Persidangan dengan sebulat suara menolak sepenuhnya usaha pihak-pihak tertentu untuk menjadikan bahasa selain bahasa Melayu sebagai asas kemasukan ke institut perguruan, menolak penubuhan pusat perguruan bahasa-bahasa lain juga tindakan mengeluarkan guru-guru kebangsaan yang tidak tahu berbahasa Mandarin daripada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).
7Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran dan DBP serta Institut Terjemahan dan Buku Negara mesti memperuntukkan kewangan yang cukup bagi memperbanyakkan penerbitan dalam semua bidang ilmu dalam bahasa Melayu sebagai mengisi keperluan dan menerapkan ilmu ke dalam semua lapisan pendidikan dan masyarakat.
8Persidangan memperakukan penubuhan Majlis Pemantauan Bahasa dan Tindakan Bahasa Kebangsaan sebagai badan berautonomi oleh pelbagai NGO di bawah Akta Bahasa Kebangsaan untuk memastikan amalan dan kegunaannya berlaku dengan meluas dan sempurna, pada sebarang masa dan tempat, pelbagai bidang tadbiran, dagangan dan awam sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan Malaysia.
Kesusasteraan
1Pendidikan kesusasteraan kebangsaan mestilah dipertingkatkan menjadi satu mata pelajaran wajib sebagai usaha meneguhkan pendidikan bahasa Melayu dalam dasar MBMMBI dan meningkatkan kemahiran dan kefasihan dalam bahasa Melayu.
2Kementerian Pelajaran dituntut menubuhkan mata pelajaran baru bernama Rukun Negara secara pengajaran modular bagi menggantikan mata pelajaran Tatanegara dan kursus baru ini mesti mengandungi mata pelajaran sejarah, perlembagaan persekutuan, kesusasteraan, nilai-nilai dan etika nasional dan kebudayaan pelbagai kaum.
Kebudayaan
1Kebudayaan nasional berlandaskan Dasar Kebudayaan Nasional mesti ditafsir dalam bentuk kurikulum untuk menjadi mata pelajaran dalam semua tahap persekolahan di Malaysia untuk memupuk kesedaran kebangsaan, meneguhkan sistem negara dan melahirkan persefahaman antara warganegara Malaysia.
2Bentuk-bentuk seni dan budaya kaum di Malaysia dapat menjadi bahan pengajaran dalam pelaksanaan mata pelajaran kokurikulum dan pengajaran bahasa sebagai landasan estetika dan kesedaran kesenian yang lebih luas dalam kalangan para pelajar dalam semua tahap pendidikan.
3Pendidikan Seni di sekolah wajib berlandaskan kebudayaan nasional dan penerimaan unsur-unsur dari luar berfungsi untuk memperkaya pencapaian kesenian itu.
Wajah sedih peniaga segar dalam ingatan
Batal percutian, bergegas pulang
‘Mujur tutup kedai awal’
Bagaikan babak filem The Towering Inferno
Putera Minangkabau tuntut hak
Tangga jadi strategi keselamatan
Arkitek baru kagum seni bina lama
Peristiwa aneh di kamar istana lama
Saksi kehebatan pemerintah Melayu
Dua 'permata' yang terus lenyap
Popular kerana sajian enak mi udang
Industri tertua Kuala Sepetang
Menjejak ikan lumba-lumba di muara
Pencetus projek rumah pangsa
Rumah pangsa simbol negara membangun
Memori berpindah ke 'sarang merpati'
Razak Mansion dalam dunia tersendiri
'Harta' yang ditinggalkan
Industri bijih timah janji pulangan lumayan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









