ARKIB : 09/06/2012
Keindahan 'masjid kembar' di Melaka
HARI ini solat di mana? Masjid Kampung Kling atau Masjid Kampung Hulu?," kata seorang pelancong tempatan yang sudah biasa datang ke Banda Hilir, Melaka ketika hari Jumaat.
Penulis yang mendengarnya jadi kehairanan, apakah terdapat dua masjid? Solat Jumaat ada giliran dan pelbagai lagi persoalan bermain-main dalam pemikiran.
Bagi mendapatkan jawapan, penulis mula bertanya dengan seorang penarik beca yang dikenali dengan nama Abang Man mengenai kedua-dua masjid ini.
Menurutnya, masjid tersebut akan bergilir-gilir menjadi tempat solat Jumaat sejak tahun lalu kerana jumlah penduduk Islam yang tidak ramai di kawasan itu.
Pernah suatu ketika, imam terpaksa menunggu makmum sehingga 40 orang sebelum menunaikan solat Jumaat, maka dengan itu solat Jumaat digilir-gilir antara dua masjid tersebut hingga hari ini.
Selain itu, pelbagai kisah turut diceritakan oleh penarik beca tentang masjid yang telah wujud lebih 300 tahun itu.
Ia turut menjadi bukti kedatangan Islam ke Tanah Melayu terutama Melaka yang menjadi pusat perdagangan dunia pada ketika itu.
Ia dipercayai bermula pada abad ketujuh Masihi berdasarkan pandangan Islam disebarkan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ke China.
Seterusnya Islam semakin berkembang pesat berikutan kemunculan beberapa kerajaan Islam di Pasai dan Perlak di persekitaran Selat Melaka pada abad ke-13 Masihi.
Mengikut catatan Marco Polo, agama Islam telah tersebar di Tanah Melayu sebelum abad ke-15.
Pada tahun 1292, semasa Marco Polo dalam perjalanan pulang dari China, beliau menyatakan pada masa itu telah wujud usaha-usaha untuk mengislamkan penduduk tempatan oleh para pedagang Arab di Nusantara.
Ibn Battutah seorang ilmuwan Islam singgah dua kali di Samudera semasa dalam perjalanan pergi dan balik dari China antara tahun 1345 hingga 1346, menyatakan bahawa raja Samudera ketika itu telah memeluk Islam dan mengamalkan mazhab Shafie.
Bagi merungkai kisah tersebut, wartawan S2, MUHAMAD AMIRUL AFIQ MASTOR dan jurugambar ASWAD YAHYA menjejaki kisah di sebalik pembinaan, sejarah dan seni bina masjid-masjid tersebut yang menjadi bukti pengaruh Islam di Melaka.
Wajah sedih peniaga segar dalam ingatan
Batal percutian, bergegas pulang
‘Mujur tutup kedai awal’
Bagaikan babak filem The Towering Inferno
Putera Minangkabau tuntut hak
Tangga jadi strategi keselamatan
Arkitek baru kagum seni bina lama
Peristiwa aneh di kamar istana lama
Saksi kehebatan pemerintah Melayu
Dua 'permata' yang terus lenyap
Popular kerana sajian enak mi udang
Industri tertua Kuala Sepetang
Menjejak ikan lumba-lumba di muara
Pencetus projek rumah pangsa
Rumah pangsa simbol negara membangun
Memori berpindah ke 'sarang merpati'
Razak Mansion dalam dunia tersendiri
'Harta' yang ditinggalkan
Industri bijih timah janji pulangan lumayan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









