VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 September 2014 / 6 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
KOTA

ARKIB : 05/12/2013

Pharmaniaga sumbang ubat RM73,000 kepada mangsa taufan Haiyan

Mohamed Iqbal Abdul Rahman menerangkan mengenai ubat-ubat yang disumbangkan oleh Pharmaniaga kepada Nor Aziah Budin (tengah) dalam majlis penyerahannya di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor, semalam. - UTUSAN/Mohd. Shaharani Saibi

SHAH ALAM 4 Dis. - Syarikat pengeluar ubat-ubatan tempatan, Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) menyalurkan sumbangan ubat-ubatan bernilai RM73,000 kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) bagi membantu mangsa taufan Haiyan di Filipina.

Ketua Pegawai Operasi (COO) Kumpulan Pharmaniaga, Mohamed Iqbal Abdul Rahman berkata, sumbangan itu bertujuan menyokong usaha menyelamat mangsa taufan berkenaan yang dijalankan pelbagai pihak termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Bantuan ubat-ubatan ini adalah bagi membantu mangsa taufan Haiyan yang kini terdedah kepada penyakit-penyakit berjangkit selepas beberapa minggu malapetaka tersebut berlaku," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Ubat-ubatan dari Pharmaniaga kepada PBSM di pejabat syarikat tersebut di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Setiausaha Eksekutif PBSM, Nor Aziah Budin.

Menurut Nor Aziah, PBSM yang beroperasi di Filipina bersama 109 pertubuhan sukarela lain sudah bersedia memastikan sumbangan ubat-ubatan yang diterbangkan dengan pesawat komersial itu dapat disampaikan sepenuhnya kepada mangsa-mangsa ribut sebelum sambutan Krismas hujung tahun ini.

"Setakat 13 November lalu, kami telah mengutip sebanyak RM270,000 sumbangan derma tunai bagi membantu mangsa taufan Haiyan dan segala sumbangan adalah untuk pembangunan semula kawasan yang musnah di Tacloban.

"Bagi rancangan jangka masa panjang, kami akan bekerjasama dengan kerajaan Filipina dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sana untuk menentukan kawasan-kawasan yang memerlukan bantuan pembangunan selanjutnya," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:24
Maghrib 7:21
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.