VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 September 2014 / 24 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
KOTA

ARKIB : 01/11/2013

JPJ Selangor perluas Operasi Pematuhan lalu lintas

V. Valluvan Veloo (berdiri) ketika beramah mesra dengan wakil agensi akhbar dalam Majlis Bersama Media JPJ Selangor di Shah Alam, Selangor, kelmarin.

SHAH ALAM 31 Okt. - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor akan memperluaskan pelaksanaan Operasi Pematuhan dengan menempatkan anggota berpakaian preman di sepuluh lokasi utama di seluruh negeri ini bagi mengenal pasti pesalah lalu lintas.

Pengarah JPJ negeri, V. Valluvan Veloo berkata, tindakan itu adalah susulan kepada penguatkuasaan oleh agensi itu pada 25 September hingga 29 Oktober lalu yang menunjukkan hasil positif.

"Berdasarkan perangkaan selama satu bulan percubaan Operasi Pematuhan dijalankan di Shah Alam, kami mendapati sebanyak 2,147 kesalahan lalu lintas telah direkodkan melibatkan melanggar isyarat lampu merah manakala sepuluh lagi kesalahan melibatkan kesalahan memotong barisan serta memasuki lorong sehala.

"Kami yakin kesalahan ini dapat dikurangkan lagi dengan penglibatan anggota penguat kuasa berpakaian preman dalam operasi ini. Maka kami akan perluaskan ke seluruh Selangor terutamanya pada waktu puncak setiap hari," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Bersama Media JPJ Selangor di Ibu Pejabat JPJ negeri di sini semalam.

Valluvan memberitahu, antara sepuluh lokasi tumpuan operasi tersebut ialah Rawang, Kuala Selangor, Banting, Semenyih, Sabak Bernam, Petaling Jaya, Bangi dan Kuala Kubu Baru.

Menurut beliau, pihaknya akan menempatkan sekurang-kurangnya dua anggota penguat kuasa berpakaian preman dilengkapi kamera di setiap lokasi itu.

"Anggota penguat kuasa itu akan melakukan pemantauan di kawasan terbabit dan mengambil gambar mana-mana pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Valluvan turut meminta orang ramai memaklumkan kepada JPJ negeri sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkaitan pelanggaran peraturan jalan raya secara terus ke emel p.selangor@jpj.gov.my.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:10
Asar 4:13
Maghrib 7:13
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.