VERSI : Mobile | Akhbar Digital
29 Julai 2014 / 2 Syawal 1435  
  Carian Arkib
KOTA

ARKIB : 15/08/2013

Gangguan bekalan air di Lembah Klang hari ini

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Gombak mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual dan tekanan air rendah bermula hari ini hingga keesokkan hari.

Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Priscilla Alfred berkata gangguan disebabkan berlakunya pengurangan pengoperasian pam di Rumah Pam Wangsa Maju sehingga menyebabkan penurunan paras air yang kritikal di kolam-kolam utama Syabas.

Menurutnya, penurunan paras kolam air yang berlaku adalah disebabkan berlakunya kejadian pam 'trip' di rumah pam Wangsa Maju pada jam 11.00 malam semalam, 13 Ogos 2013 apabila rumah pam tersebut mengalami masalah unstable voltage.

"Disebabkan kejadian ini, operasi pam di rumah pam Wangsa Maju terpaksa dihentikan.

"Sehubungan itu juga, Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Hijau telah diaktifkan pada pukul 10.30 pagi ini bagi membolehkan Syabas memantau dan menguruskan kawasan -kawasan terlibat ."katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Kawasan terlibat termasuk Taman Setapak Jaya, Taman Sri Rampai, Taman Sri Keramat, Taman Cahaya Indah dan Taman Dato Ahmad Razali.

Turut terlibat Taman Keramat Permai, Taman Dagang, Taman Desa Setapak, AU2, Taman Wangsa Melawati dan Desa Setapak.

Sebarang maklumat lanjut mengenai gangguan boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol, 1-800-88-5252 atau Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip PUSPEL<jarak>aduan / pertanyaan dan hantar kepada 39222.

Pengguna juga boleh membuat aduan di laman Facebook atau Twitter SYABAS dengan menaip 'puspel' atau 'puspel syabas'.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.