VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
KOTA

ARKIB : 30/05/2013

MBSA umum naikkan bayaran tempat letak kereta 60 sen sejam

SHAH ALAM 29 Mei - Ketika pembangkang terus menuduh Kerajaan Pusat menaikkan harga barang dan petrol selepas memenangi pilihan raya umum lalu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di bawah kawalan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor hari ini mengumumkan bakal menaikkan kadar bayaran tempat letak kereta di kawasan pentadbirannya tidak lama lagi.

Pengumuman kenaikan kadar bayaran tempat letak kereta daripada 40 sen sejam kepada 60 sen sejam itu diumumkan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd. Jaafar Mohd Atan ketika mempengerusikan mesyuarat bulanan MBSA di sini.

Mohd. Jaafar berkata, kenaikan itu wajar memandangkan kadar 40 sen sejam telah diperkenal sejak 1998.

Tambah beliau, kadar itu juga masih terendah berbanding pihak berkuasa lain di Selangor yang mengenakan kadar antara 50 sen hingga 60 sejam.

"Kadar caj yang dikenakan pada masa ini sudah tidak sesuai dengan status Shah Alam sebagai bandar raya dan keadaan sekarang," katanya.

Difahamkan, MBSA akan berbincang dengan syarikat penyedia dan konsesi tempat letak kenderaan, Suasa Efektif (M) Sdn. Bhd. mengenai kadar bayaran baharu itu bagi menentukan tarikh untuk dikuatkuasakan.

Sementara itu, Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin 'menyokong penuh' cadangan MBSA menaikkan kadar bayaran tempat letak kereta tersebut tetapi dengan bersyarat.

Syarat itu, tambah beliau, pendapatan daripada kenaikan caj tersebut perlu digunakan untuk membaiki jalan yang rosak di kawasan MBSA, menyenggara sampah-sarap di kawasan yang gagal dibuat pungutan tiga kali seminggu dan menyenggara parit serta longkang di Shah Alam supaya kejadian banjir kilat dapat dielakkan.

"Semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) semua masalah ini dapat diatasi walaupun bayaran tempat letak kenderaan hanya 40 sen.

"Jadi jika bayaran dinaikkan 60 sen pastinya semua masalah tersebut yang gagal diselesaikan dalam tempoh lima tahun sebelum ini boleh diselesaikan," katanya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.