VERSI : Mobile | Akhbar Digital
28 Ogos 2014 / 2 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
KOTA

ARKIB : 18/04/2013

Teman lelaki mangsa bunuh ditahan bantu siasatan

KUALA LUMPUR 17 April - Polis menahan teman lelaki seorang gadis berusia 18 tahun yang ditemui mati dalam keadaan telangkup di dalam longkang bersebelahan padang bola di Jalan Tiong 7, Bandar Puchong Jaya di sini semalam bagi membantu siasatan.

Mangsa, Parhwine Lucia Mejia Kaur dijumpai orang ramai yang bermain bola di kawasan tersebut dengan kesan luka kecil di bahagian lehernya pada pukul 6.50 petang.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd. Razak Elias berkata, setakat ini polis hanya menahan teman lelaki mangsa selama empat hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam pada itu, suasana pilu menyelubungi Bilik Mayat Hospital Serdang ketika ibu dan beberapa orang ahli keluarga mangsa hadir untuk menuntut mayat.

Ibu mangsa yang juga warga Filipina berkata, anaknya memberitahu ingin berjumpa dengan teman lelakinya iaitu sehari sebelum mayatnya ditemui.

"Parhwine sudah tiga tahun menjalin hubungan dengan lelaki yang bekerja di sebuah syarikat swasta di Subang Jaya itu dan ahli keluarga juga sudah mengenalinya," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:17
Asar 4:28
Maghrib 7:22
Isyak 8:32


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.