VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Julai 2014 / 4 Syawal 1435  
  Carian Arkib
KOTA

ARKIB : 18/04/2013

Geng 'langgar dan samun' tumpas

KUALA LUMPUR 17 April - Polis menumpaskan satu geng 'langgar dan samun' yang aktif di sekitar Brickfields sejak Januari lalu setelah menahan lima anggotanya di Sungei Way, Petaling Jaya dekat sini 11 April lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, berikutan penahanan suspek lelaki berusia lingkungan 27 hingga 42 tahun itu, polis percaya dapat menyelesaikan13 kes jenayah berkaitan.

"Hasil tangkapan itu, polis berjaya menemukan semula sebuah kereta jenis Toyota Camry dipercayai dilarikan kumpulan itu di Taman OUG pada 10 April lalu.

"Kita masih lagi menjalankan siasatan terhadap kereta-kereta mewah lain yang dicuri oleh kumpulan ini termasuk Mercedes-Benz, Mazda, Lexus, BMW, Honda Civic dan Toyota Vios," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Chin Wah berkata, modus operandi geng berkenaan ialah dengan melanggar kereta mangsa dari arah belakang sebelum melarikan kenderaan tersebut.

Katanya, siasatan awal mendapati salah seorang suspek memiliki rekod jenayah lampau berkaitan kes pukul dan mengakibatkan kecederaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.