VERSI : Mobile | Akhbar Digital
28 Julai 2014 / 1 Syawal 1435  
  Carian Arkib
KOTA

ARKIB : 28/02/2013

Demi kesejahteraan penduduk

Syed Ali Alhabshee (dua dari kanan) beramah mesra dengan orang ramai ketika melawat kawasan sekitar gerai makanan PPR Laksamana, Jalan Peel, Cheras Kuala Lumpur, baru-baru ini - UTUSAN/Abdul Razak Latif

KUALA LUMPUR 27 Feb. - Sebelum ini, Muhammad Al Fani Rismawi, 22, dan rakan-rakannya dari sekitar kawasan Cheras di sini terpaksa mengeluarkan wang sendiri bagi bersukan ekoran ketiadaan gelanggang futsal untuk mereka bermain.

Namun, sejak Oktober tahun lalu, mereka dapat menjimatkan sekurang-kurangnya RM500 sebulan kerana tidak perlu lagi pergi jauh untuk menyewa gelanggang futsal.

Kegembiraan itu jelas terpancar di wajah anak muda itu apabila tuntutan mereka dikotakan Barisan Nasional (BN) Cheras.

“Rasa senang, gembira dan mudah apabila mempunyai gelanggang futsal di kawasan perumahan sendiri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Tambah Muhammad Al Fani, dia dan rakan-rakan tidak perlu lagi pergi ke Ampang, Subang Jaya atau Petaling Jaya dan menyewa gelanggang untuk bermain futsal kerana kemudahan yang diperlukan sudah berada di hadapan mata dengan bantuan BN Cheras.

Menceritakan lebih lanjut, katanya, pembinaan gelanggang sukan itu dapat membendung masalah gejala sosial dalam kalangan belia.

“Dengan adanya gelanggang sukan seperti futsal, bola jaring dan sepak takraw, kegiatan itu boleh membendung gejala sosial dalam kalangan remaja.

“Mereka tidak lagi melepak sepenuh masa di kafe internet sebaliknya banyak menghabiskan masa dengan bermain futsal," katanya.

Tambah Muhammad Al Fani, pembinaan gelanggang futsal dan beberapa lagi gelanggang sukan lain cukup jelas membuktikan kerajaan BN merupakan kerajaan yang berjiwa rakyat dan prihatin.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi BN Parlimen Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, BN tidak pernah meminggirkan aspek kesejahteraan hidup rakyat di Parlimen Cheras walaupun kawasan itu dikuasai pembangkang sejak 12 pilihan raya umum yang lalu.

Menurut beliau, selain pembinaan gelanggang futsal itu, BN turut melaksanakan projek perumahan rakyat (PPR) dan projek-projek infrastruktur asas seperti menaik taraf sistem perparitan, sekolah dan rumah ibadat.

‘‘PPR Pudu Ulu dan PPR Laksamana misalnya telah memberi manfaat kepada orang ramai yang mendiami 1,500 unit rumah pangsa di dua lokasi terbabit,’’ ujarnya.

Tambah Syed Ali, agenda membela rakyat akan diteruskan dengan pembinaan sebuah lagi PPR yang menempatkan antara 500 hingga 600 unit rumah pangsa.

‘‘Kita tahu ramai warga kota yang memerlukan kediaman mampu milik atau mampu disewa pada kadar berpatutan dan sebab itulah BN memainkan peranan membantu mereka,’’ katanya.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Cheras memberitahu, projek-projek menaik taraf jalan raya dan pengangkutan awam turut dijalankan bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.

Jelasnya, pemimpin BN sentiasa berusaha menyelesaikan setiap permasalahan yang dikemukakan penduduk Cheras tanpa mengira latar belakang kaum, agama atau fahaman politik mereka.

‘‘Tidak pernah kami minta mereka berjumpa dengan Ahli Parlimen Cheras daripada DAP, Tan Kok Wai walaupun beliau yang sepatutnya turun padang menyelesaikan masalah orang ramai,’’ ujarnya.

Sehubungan itu, Syed Ali berharap pengundi di Parlimen Cheras memberi kepercayaan kepada BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 agar lebih banyak program kesejahteraan rakyat dapat dilaksanakan di kawasan tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.