VERSI : Mobile | Akhbar Digital
29 Julai 2014 / 2 Syawal 1435  
  Carian Arkib
KOTA

ARKIB : 28/02/2013

Pendaftaran atas talian dilancar

Idris Haron (dua dari kanan) melihat model kawasan perumahan yang bakal dibina sempena Majlis Pelancaran Pendaftaran Atas Talian Program Rumah Pertama Rakyat Rumah Mampu Milik di Sungai Buloh dan Shah Alam, di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 27 Feb. - Keperluan terhadap rumah mampu milik oleh golongan berpendapatan sederhana jelas terbukti apabila lebih 8,000 pemohon telah mendaftar atas talian bagi memiliki Program Rumah Rakyat Mampu Milik Alam Prima, Shah Alam dan Laguna Biru, Sungai Buloh Fasa II hari ini.

Sehubungan itu, Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Ir. Idris Haron berkata, pihaknya berbesar hati untuk membina lebih banyak lagi skim-skim perumahan rakyat mampu milik di sekitar Lembah Klang bagi menampung tuntutan tersebut.

"Melalui pendaftaran atas talian bagi program ini, kita mendapat satu gambaran bahawa ada keperluan yang mendesak untuk kita membuka lebih banyak lagi projek pembangunan perumahan mampu milik di Lembah Klang dan di pinggir bandar besar," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pendaftaran atas talian bagi Program Rumah Pertama Rakyat Alam Prima, Shah Alam dan Laguna Biru, Sungai Buloh Fasa II dekat sini.

Tambah Idris, pihaknya tidak memilih bulu dalam membina projek perumahan rakyat mampu milik terutamanya bagi negeri-negeri yang ditadbir pembangkang.

Jelas beliau, hampir 20,000 unit rumah rakyat mampu milik telah dibina di negeri-negeri yang ditadbir pembangkang.

"Sebagai contoh, di Kelantan kita telah membina Rumah Rakyat Mampu Milik dan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia iaitu 4,456 unit dan 2,453 unit di Pulau Pinang, 8,181 unit di Selangor dan 4,321 unit di Kedah.

"Jumlah itu tidak termasuk lagi rumah terbengkalai yang dibaik pulih oleh SPNB di seluruh negara," katanya.

Dalam pada itu, Idris memberitahu, Projek Program Rumah Pertama Rakyat Laguna Biru yang berkeluasan 850 kaki persegi dan Alam Prima (904 kaki persegi) Fasa II itu masing-masing dijual dari harga RM145,000 hingga RM190,000.

Katanya, syarat permohonan bagi Program Rumah Pertama Rakyat Laguna Biru dan Alam Prima Fasa II itu ialah warganegara Malaysia, berumur tidak lebih 35 tahun, berpendapatan bulanan tidak lebih RM5,000 perseorangan dan RM10,000 bagi pendapatan isi rumah.

Selain itu, jelas beliau, pemohon tidak mempunyai rumah atas nama sendiri sebelum ini dan tidak disenarai hitam oleh mana-mana institusi kewangan.

"Orang ramai yang berminat untuk mendaftar, boleh melayari laman web SPNB http://www.spnb.com.my dan tarikh tutup pada pertengahan bulan Mei," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.