VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 September 2014 / 24 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
KOTA

ARKIB : 20/02/2013

Atasi isu kekurangan parkir

KUALA LUMPUR 19 Feb. - Pembinaan parkir bertingkat di Brickfields, di sini dijangka dapat menyelesaikan isu kekurangan parkir di kawasan tersebut terutamanya pada musim perayaan.

Projek yang diserahkan kepada kontraktor pada 30 November lalu dijangka mengambil masa selama 78 minggu sebelum siap sepenuhnya pada penghujung Mei 2014.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, pembinaan parkir bertingkat di atas tapak yang berkeluasan 0.2 hektar itu melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM15.6 juta.

Menurutnya, bangunan tujuh tingkat yang menyediakan sebanyak 328 petak parkir untuk kereta dan 48 petak bagi motosikal itu diharap memberi keselesaan kepada pengunjung ke kawasan itu.

"Brickfields yang dahulunya menghadapi masalah kesesakan lalu lintas dan masalah parkir akan kembali segar dan berdaya saing dari segi ekonominya apabila bangunan ini siap kelak.

"Perjuangan dan permintaan persatuan penduduk, pemilik premis, penjaja, peniaga kecil dan orang ramai khususnya masyarakat India telah saya perjuangkan dan usahakan dengan baik sebagai sebuah 'Janji Ditepati' kepada mereka.

"Dengan siap bangunan ini kelak, kita mengharapkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dapat menyelesaikan isu kekurangan parkir di sini," katanya ketika berucap melancarkan Majlis Pecah Tanah Projek Membina Tempat Letak Kereta Bertingkat di Lot 239, Jalan Sultan Abdul Samad di sini hari ini.

Yang turut hadir Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib dan Ketua Pengarah DBKL, Datuk Salleh Yusup.

Tambah Raja Nong Chik, bangunan parkir itu turut menyediakan dewan serbaguna yang mampu memuatkan kira-kira 500 orang pada satu-satu masa.

"Malah, tiga buah gelanggang badminton, sebuah pejabat pengurusan, dua buah surau masing-masing untuk lelaki dan wanita turut dibina," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:10
Asar 4:13
Maghrib 7:13
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.