VERSI : Mobile | Akhbar Digital
16 September 2014 / 21 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
KOTA

ARKIB : 15/02/2013

Pasar malam unik, menarik

Ahmad Phesal Talib (tiga dari kiri) menggaul yee sang selepas merasmikan Festival Kebudayaan Tahun Baharu Cina di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 14 Feb.- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bercadang mewujudkan sebuah kawasan pasar malam yang unik dan menarik bagi penempatan semula peniaga di bazar larut malam Uptown Danau Kota, di sini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, pihaknya akan berusaha menyediakan satu kawasan yang mempunyai kemudahan lebih baik serta kondusif kepada mereka untuk menjalankan perniagaan.

"Melalui mesyuarat pascakabinet semalam kita memutuskan akan meneliti semula kawasan yang sebelum ini dicadangkan iaitu berhampiran Puspakom Wangsa Maju (belakang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Sekiranya kawasan tersebut sempit, kita akan mengambil alih tanah kawasan berhampiran bagi mewujudkan pasar malam baharu yang lebih luas dalam masa sama akan berbincang dengan peniaga untuk mendapatkan pandangan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Festival Kebudayaan Tahun Baharu Cina anjuran Unit Pelancongan DBKL, Galeri Kuala Lumpur dan Persatuan Pelancongan dalam Malaysia (MITA) di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Ketua Pengarah DBKL, Datuk Salleh Yusop .

Penganjuran festival itu antara lain bertujuan memperkenalkan kepelbagaian dan keunikan budaya masyarakat Malaysia sebagai tarikan kepada para pelancong yang melawat Kuala Lumpur.

Dalam festival tersebut, para pelancong juga berpeluang menggaul serta menikmati Yee Sang yang disediakan sepanjang 210 kaki bersama dengan Datuk Bandar.

Tambah Ahmad Phesal terdapat cadangan daripada pemaju yang berminat untuk membina 'factory outlet'di kawasan penempatan semula yang dicadangkan oleh DBKL.

"Jika ia dibina, mungkin dapat membantu meningkatkan kedatangan orang ramai ke pasar malam tersebut.

"Jadi peniaga tidak perlu risau jika perniagaan mereka tidak maju kerana berpindah ke tempat lain dan sebagainya," katanya.

Dalam perkembangan lain, pihaknya masih menunggu laporan daripada jawatankuasa khas yang dilantik berhubung isu tanah runtuh di Bukit Setiawangsa, dekat sini bagi penyelesaian jangka panjang.

"Setakat ini pemaju dan penduduk memberi kerjasama yang baik dan kita yakin dapat selesaikan masalah yang dihadapi oleh para penduduk di Setiawangsa itu dalam tempoh terdekat.

"Selain itu, DBKL akan mensyaratkan pemaju untuk mematuhi peraturan ditetapkan agar risiko cerun runtuh tidak berulang,"tambahnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:11
Asar 4:12
Maghrib 7:14
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.