VERSI : Mobile | Akhbar Digital
3 September 2014 / 8 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
KOTA

ARKIB : 09/02/2013

Rahman Palil tidak pertahan kerusi DUN Sementa

Rahman Palil (depan, tiga dari kanan) dan Song Kee Chai (duduk, empat dari kanan) bergambar dengan ahli-ahli BN Kapar pada majlis meraikan media di sebuah hotel di Klang malam semalam.

KLANG 8 Feb. - Seorang lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Selangor mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusinya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

ADUN Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil mengumumkan perkara itu semasa berucap dalam majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Bersama Media anjuran Pengerusi MCA Bahagian Kapar, Datuk Song Kee Chai di sini malam tadi.

Bagaimanapun, Abdul Rahman yang menang tanpa bertanding pada pilihan raya umum lalu berkata, beliau tidak akan menolak sekiranya ditawarkan bertanding di peringkat Parlimen.

"Saya memang telah menawarkan diri untuk tidak bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya kali ini tetapi jika ditawarkan bertanding kerusi Parlimen, saya akan terima.

"Kalau tidak ditawarkan pun (kerusi Parlimen) saya tidak kecil hati," kata beliau.

Dengan pengumuman ini, Abdul Rahman menjadi ADUN BN Selangor kedua mengumumkan tidak akan bertanding dalam PRU-13 selepas ADUN Sungai Air Tawar, Datuk Raja Ideris Raja Ahmad mengumumkan perkara sama minggu lalu.

Abdul Rahman yang merupakan bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat Selangor menang tanpa bertanding pada PRU-12 selepas calon pembangkang menarik diri pada saat-saat akhir.

Beliau menjadi wakil rakyat selepas menang pilihan raya kecil DUN Sementa pada 1994 dan berjaya mempertahankan kerusi itu selama empat penggal berturut-turut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:16
Asar 4:22
Maghrib 7:20
Isyak 8:29


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.