ARKIB : 24/10/2012
Orang ramai bosan kerenah pemandu teksi
KUALA LUMPUR 23 Okt. - "Saya sudah lama tidak menaiki teksi dari sini kerana mereka (pemandunya) tidak akan melayan permintaan kita berbanding pelancong asing yang mudah untuk 'disembelih'."
Demikian kata-kata seorang wanita yang berusia lingkungan 50-an itu ketika menunggu bas di hadapan pusat beli-belah Suria KLCC di ibu negara untuk ke Institut Jantung Negara (IJN).
Terdengar perbualan penulis bersama seorang pelancong asing yang mahu ke Jalan Petaling menggunakan bas, wanita yang enggan dikenali itu segera mencelah memberitahu nombor kod laluan bas yang perlu diambil untuk ke lokasi itu.
"Saya selalu menaiki bas di sini dan sering ternampak perbuatan pemandu-pemandu teksi yang enggan mengambil penumpang tempatan. Mereka memberi alasan menunggu orang lain atau tidak pergi ke destinasi tersebut," ujar wanita itu ketika kami bersama-sama 'menunggu' bas.
Dia yang menjadikan bas sebagai pengangkutan utama buatnya di ibu kota turut memberitahu pernah ternampak pemandu teksi bertekak dengan pelancong asing di Bukit Bintang kerana tidak mahu menaiki teksinya.
"Sangat memalukan apabila meninggikan suara kepada orang lain di tempat awam. Mungkin pelancong itu sudah mengetahui harga yang dikenakan tidak masuk akal," ujarnya.
Perbualan kami terhenti begitu sahaja selepas wanita itu memberitahu terpaksa pergi memandangkan bas untuk ke destinasi yang ditujunya telah tiba dan dia sempat berpesan agar penulis menggunakan sahaja bas percuma Go-KL City yang disediakan kerajaan untuk bersiar-siar di ibu kota.
Sementara itu, seorang kakitangan swasta, Mohammad Ammirul Asswat Abdul Jalil, 24, berkata, orang ramai perlu menilai sendiri sikap segelintir pemandu teksi yang cuba mengaut untung dengan cepat.
"Kini orang ramai sudah ada pilihan, tidak lagi perlu bergantung kepada perkhidmatan teksi semata-mata kecuali dalam keadaan tertentu.
"Kita sudah ada bas dan LRT (sistem transit aliran ringan), sekiranya pemandu teksi masih berdegil biarkan sahaja," katanya.
Rakannya, Sulaiman Nordin, 31, pula berkata, dia lebih mudah mendapatkan khidmat teksi berkupon di Suria KLCC berbanding dengan hanya menahan teksi di tepi jalan.
"Susah mahu dapatkan teksi di sana dan perbuatan segelintir mereka itu hanya menjatuhkan imej pengangkutan awam negara," katanya.
Seorang pelajar, Faizal Azri Abdul Wahab, 25, berkata, isu pemandu teksi di KLCC memilih penumpang bukan perkara baharu kerana dia sendiri pernah mengalaminya setahun lalu.
"Ketika itu saya baru selesai menonton wayang di sini. Memikirkan hari sudah lewat malam saya ingin menaiki teksi yang berada di tepi jalan dan sebaik membuka pintu untuk memberitahu destinasi yang mahu dituju pemandu teksi itu terus berkata sedang menunggu orang.
"Tetapi ketika saya menunggu teksi lain, pemandu tadi keluar dari keretanya selepas ternampak pasangan pelancong asing dan dia seperti bertanyakan lokasi yang mahu dituju.
"Mustahil kalau pelancong itu sudah menempah perkhidmatannya kerana mereka dilihat merundingkan harga pula," katanya.
Bazar Ramadan: DBKL nafi ada penyelewengan
Kraftangan Malaysia anjur pameran, jualan hasil seni di Kompleks Kraf hingga Isnin
Manfaat kepada jemaah
Tindakan undang-undang diambil
Pembangunan semula Kampung Baru akan dipercepatkan - Tengku Adnan
Festival Belia Putrajaya 2013 sedia terima kehadiran 'lautan' anak muda
Lesen bazar Ramadan dijual?
Tengku Azuan Tokoh Guru Wilayah Persekutuan
MPK adakan kempen hormati pejalan kaki
Syabas hargai 30 pelanggan prihatin paip pecah, bocor
Tingkat mutu kerja demi PDRM
Terowong jadi 'tasik'
Mahu KL selesa, bersih didiami
Penduduk terasa 'kehilangan' Nong Chik
Lagi 5,000 unit rumah mampu milik akan dibina
Jalan rosak di Setiawangsa akan diselesai segera
Bekas anggota tentera diseru jadi ahli PBTM
Jaminan nasib terbela
Pertemuan dengan Datuk Bandar akan diatur - Ahmad Fauzi
Kematian pejalan kaki ketiga tertinggi di KL
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









