ARKIB : 24/10/2012
Pelancong asing mangsa utama
KUALA LUMPUR 23 Okt. - Mendapatkan khidmat teksi di hadapan pusat beli-belah Suria KLCC di ibu negara bukan sesuatu yang sukar bagi mereka yang perlu segera sampai ke destinasi yang dituju.
Namun, satu perkara yang perlu dipastikan sebelum membuka pintu kenderaan itu adalah anda bukan warga tempatan, sebaliknya datang dari luar negara sama ada untuk melancong atau urusan kerja.
Begitulah hakikat yang ditempuh wartawan Utusan Malaysia baru-baru ini yang terpaksa bersaing dengan sekumpulan pelancong asing untuk mendapatkan perkhidmatan teksi ke pusat beli-belah Pavilion.
Apabila mendekati mereka, hanya pemandu ketiga yang sudi menawarkan teksinya untuk dinaiki penulis, selepas dua teksi pertama memilih untuk memberikan tempat duduk kenderaan mereka kepada pelancong asing.
Alasannya mudah, mungkin pemandu teksi tersebut menganggap pelancong asing tidak mengetahui kewajipan menggunakan meter.
Terdahulu, tinjauan yang dilakukan selama lebih tiga jam di hadapan pusat beli-belah itu juga mendapati, pemandu teksi menjadikan kawasan tepi jalan di hadapan KLCC sebagai hentian haram mereka.
Pemandu-pemandu itu menetapkan harga terlebih dahulu kepada pelancong asing dan perkhidmatan hanya diberikan selepas persetujuan dicapai.
Situasi itu sahaja sudah menunjukkan bahawa meter yang dipasang di dalam teksi mereka hanya sebagai perhiasan dan mungkin akan berfungsi apabila pemeriksaan dilaksanakan agensi penguat kuasa.
Namun, hasil tinjauan juga mendapati tidak semua pelancong asing bersetuju dengan harga yang ditetapkan apabila ada antaranya berlalu pergi begitu sahaja sambil menggelengkan kepala tanda kecewa.
Malah, warga kota juga kini dilihat semakin sedar dengan sikap pemandu teksi bersikap 'cekik darah' itu dengan memilih pengangkutan awam lain untuk bergerak di sekitar ibu negara.
Ekoran itu, ramai pemandu teksi menganggap pelancong asing lebih mudah 'disembelih' atau dikenakan tambang yang tidak munasabah mengikut jarak destinasi masing-masing.
Sementara itu, teksi yang membawa penulis ke Pavilion didapati menggunakan meter dan kadar tambang yang dikenakan adalah RM4 untuk jarak dekat itu.
Namun, pemandu tersebut enggan memberi respon dan hanya menjawab 'tidak tahu' ketika ditanya mengenai tindakan sesetengah pemandu lain yang tidak menggunakan meter dan mengenakan tambang sesuka hati.
Jaminan nasib terbela
Pertemuan dengan Datuk Bandar akan diatur - Ahmad Fauzi
Kematian pejalan kaki ketiga tertinggi di KL
UNDANG BAHAYA
Penganjur naikkan sewa RM1,000
DBKL akan siasat penganjur - Mhd. Amin Nordin
Tengku Adnan tumpu masalah banjir, perumahan
Jaminan kepada penduduk
Pihak berwajib didesak henti segera - UIAM
Kerajaan pakatan tidak ada kesepakatan - Johan
Wanita maut dirempuh MPV
UIAM malu tercemar teruk
Mula beroperasi hari ini
Ahmad Fauzi akan selesaikan masalah secara berterusan
Budiman terus dekati masyarakat desa Sungai Panjang
Pembangunan semula bermula
Airport Limo tidak terkubur
XMIT 500 teknologi baharu pungut sampah
DBKL naik taraf Jalan Genting Klang
Sisa pokok tumbang tidak dibersihkan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









