VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Ogos 2014 / 27 Syawal 1435  
  Carian Arkib
KOTA

ARKIB : 03/10/2012

Sesak teruk di Jalan Kewajipan

Keadaan sesak di Persiaran Kewajipan berhampiran USJ 19, Subang Jaya didakwa berpunca daripada kegagalan Prasarana menguruskan sistem trafik sejak projek penyambungan LRT jajaran Kelana Jaya dimulakan beberapa bulan lalu. - utusan/MOHD NAJIB MOHD NOR

SUBANG JAYA 2 Okt.-Penduduk sekitar Persiaran Kewajipan di sini merayu pihak bertanggungjawab segera mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi sejak kerja-kerja pembinaan projek sambungan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) jajaran Kelana Jaya dilaksanakan dua bulan lalu.

Dakwa penduduk ketiadaan pelan pengurusan trafik disediakan oleh syarikat kontraktor utama

Prasarana Negara Berhad (Prasarana) menyebabkan pengguna terpaksa berhadapan dengan kesesakan luar biasa setiap kali melalui jalan di situ.

Seorang penduduk Raja Anuar Raja Mohamed, 61, berkata pihak bertanggungjawab perlu mengambil kira kepentingan orang ramai dengan menyelesai kan segera masalah itu.

Katanya, kegagalan berbuat demikian hanya membangkitkan kemarahan pengguna jalan raya.

"Penduduk tidak menolak pembangunan , tetapi ia perlu memikirkan pelbagai aspek termasuk soal keselesaan dan keselamatan orang ramai,"katanya ketika ditemui dalam pertemuan yang diatur oleh Ketua UMNO Cawangan USJ16-27, Amran Ahmad bersama Prasarana di lokasi terlibat di sini.

Pendapat sama turut disuara K.Manavalan, 49,.

Katanya, penduduk memahami kesulitan itu hanya sementara, tetapi pihak terlibat sepatutnya sejak awal lagi perlu memikirkan langkah terbaik bagi mengurangkan kesesakan di situ.

"Kesesakan paling teruk pada waktu puncak terutama pada sebelah pagi dan petang," katanya.

Dalam pertemuan itu selain Prasarana yang diwakili Ketua projek sambungan LRT jajaran Kelana Jaya, Faudzilah Razali, turut hadir Pengarah Projek, Sunway Contruction Projek LRT, Ong Chee Kean.

Sementara itu Amran berkata, pihaknya mengambil inisiatif mengatur pertemuan dengan Prasarana selepas menerima aduan dan melihat sendiri keadaan lalu lintas di situ.

Katanya, akibat kurang pemantauan pembinaan projek itu dilihat menambah kesesakan trafik yang sedia ada.

"Setiap hari pengguna terpaksa menempuh kesesakan hampir dua jam berbanding setengah jam sebelum ini.

"Kenderaan kontraktor yang bebas menurun dan mengambil barang di lokasi pembinaan turut mengundang kesesakan,"katanya.

Tambah Amran, pihak bertanggungjawab juga diharap dapat mengkaji semula lokasi pembinaan stesen di USJ20 yang dianggap tidak menepati spesifikasi yang diluluskan.

Sementara itu tinjuan Utusan Malaysia ke lokasi mendapati kerja-kerja penyambungan projek giat dilaksanakan dan kesesakan berlaku sepanjang kira-kira dua kilometer.

Projek sambungan itu bermula dari Stesen Kelana Jaya dan melalui 13 stesen baru termasuk Subang Jaya dan USJ sebelum berakhir di Putra Heights itu meliputi laluan sepanjang 17km.

Sambungan untuk laluan Kelana Jaya itu kebanyakannya akan melalui beberapa kawasan tumpuan di sekitar Subang Jaya manakala laluan Ampang pula sebahagian besarnya akan melalui kawasan pertumbuhan rancak di bandar Puchong.

Laluan Kelana Jaya membabitkan pembinaan 12 stesen baru manakala laluan Ampang pula 11 stesen baru.

Kerja-kerja pembinaan projek bermula Februari lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada akhir 2014.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.