ARKIB : 28/09/2012
Pelajar warga asing di tujuh IPTS terlibat edar dadah
KUALA LUMPUR 27 Sept. - Polis mengesan tujuh buah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di ibu negara yang mempunyai pelajar warga asing yang terlibat dalam pengedaran dadah.
Sepanjang tahun ini, sebahagian daripada 71 pengedar dadah yang ditahan polis di ibu negara merupakan pelajar warga asing di tujuh IPTS tersebut.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Wan Abdullah Ishak berkata, tujuh IPTS itu dikenal pasti selepas polis menjalankan siasatan terhadap setiap pengedar yang ditahan kerana mengedar dadah.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butir-butir lanjut mengenai IPTS tersebut kerana siasatan masih dijalankan.
"Kebanyakan mereka menggunakan pas pelajar untuk masuk ke negara ini namun di sebalik tujuan itu mereka sebenarnya turut menjalankan kegiatan pengedaran dadah.
"Sebanyak 57 daripada 71 suspek yang ditahan kerana mengedar dadah berasal dari Nigeria, China, Indonesia dan Iran," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.
Tambahnya, situasi ini menunjukkan peluang melanjutkan pelajaran di dalam negara sebagai kesempatan untuk mereka menjalankan kegiatan pengedaran dadah.
Sehubungan itu, kata Wan Abdullah, pihaknya bercadang mengadakan pertemuan dengan beberapa agensi termasuk Kementerian Pengajian Tinggi bagi membincangkan tentang permasalahan itu dan langkah penyelesaiannya.
"Dalam pertemuan itu, polis akan membentangkan data mengenai statistik pelajar IPTS warga asing yang terlibat dalam pengedaran dadah untuk diberi perhatian oleh pihak yang berwajib," ujarnya.
Jaminan nasib terbela
Pertemuan dengan Datuk Bandar akan diatur - Ahmad Fauzi
Kematian pejalan kaki ketiga tertinggi di KL
UNDANG BAHAYA
Penganjur naikkan sewa RM1,000
DBKL akan siasat penganjur - Mhd. Amin Nordin
Tengku Adnan tumpu masalah banjir, perumahan
Jaminan kepada penduduk
Pihak berwajib didesak henti segera - UIAM
Kerajaan pakatan tidak ada kesepakatan - Johan
Wanita maut dirempuh MPV
UIAM malu tercemar teruk
Mula beroperasi hari ini
Ahmad Fauzi akan selesaikan masalah secara berterusan
Budiman terus dekati masyarakat desa Sungai Panjang
Pembangunan semula bermula
Airport Limo tidak terkubur
XMIT 500 teknologi baharu pungut sampah
DBKL naik taraf Jalan Genting Klang
Sisa pokok tumbang tidak dibersihkan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









