ARKIB : 26/09/2012
Pertandingan memancing tawar RM120,000
PUTRAJAYA 25 Sept. - Hadiah lumayan berjumlah RM120,000 menanti kaki pancing dalam pertandingan memancing sempena sambutan kemerdekaan dan Hari Malaysia akan berlangsung di Persisiran Tasik Putrajaya di Presint 4 dan Presint 18 pada Ahad ini.
Pertandingan tersebut dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya (PPj) dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan swasta sebagai rakan program.
Bagi memastikan peserta berpuas hati dengan tangkapan dan meningkatkan peluang peserta memenangi hadiah yang ditawarkan, penganjur melepaskan lapan ekor ikan induk bermutu tinggi iaitu jelawat dan temoleh ke dalam tasik hari ini.
Presiden PPj, Tan Sri Aseh Che Mat berkata, johan pertandingan akan membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM7,000 beserta hamper, manakala tempat kedua dan ketiga pula membawa pulang wang tunai masing-masing RM5,000 dan RM3,000.
"Bagaimanapun tarikan utama kali ini ialah hadiah perdana iaitu sebuah kereta Perodua Myvi disediakan bagi pemancing yang berjaya menangkap ikan terberat dari jenis yang mempunyai sepuluh mata bagi setiap kilogram selain hadiah kepada pemenang keempat hingga ke-13 akan menerima RM200 beserta hamper," katanya di sini hari ini.
PPj turut menyediakan cabutan bertuah bonanza yang menawarkan lima buah motosikal, lima buah televisyen, lima kad keahlian Kelab Tasik Putrajaya dan 200 hamper kepada para peserta.
Menurut Aseh, selain lapan ekor ikan induk turut dilepaskan ke dalam Tasik Putrajaya juga ialah 1,000 ekor benih ikan empurau sumbangan Menteri Pembangunan Tanah Sarawak, Tan Sri James Jemut Masing dan 2,170 benih ikan kelah, temoleh, kerai dan lampam.
Katanya, setiap penyertaan dikenakan yuran RM10 untuk satu joran dan dijangka lebih 3,000 peserta akan menyertai pertandingan berkenaan.
"Lima acara sampingan turut akan diadakan iaitu Putrajaya Lake and Wetland Explorace, pertandingan mewarna, pertandingan memancing udang, pertandingan memasak ikan air tawar dan juga pertunjukan badut.
Orang ramai yang ingin menyertai pertandingan tersebut boleh membuat pendaftaran di I-Centre, Dataran Putra dan Lobi Blok A, Kompleks PPj hingga 28 September ini dari pukul 10 pagi hingga 5 petang, manakala pada 29 dan 30 September pendaftaran dibuka di Persisiran Tasik Presint 4 bermula pukul 8 pagi.
Dalam pada itu, katanya, memandangkan sambutan yang amat menggalakkan dan di atas permintaan ramai, PPj bersetuju untuk meningkatkan bilangan pertandingan kepada enam kali setahun selain memperkenalkan Sirkit Pancing Putrajaya yang turut menawarkan hadiah menarik dan lumayan.
"Sebelum ini, PPj hanya menganjurkan pertandingan memancing bersempena dengan Sambutan Hari Wilayah Persekutuan, Hari Kemerdekaan dan Hari Belia Negara.
"Pada masa akan datang, PPj akan memperkenalkan pertandingan baru iaitu pertandingan memancing Piala Presiden PPj dan pertandingan memancing Piala CEO Putrajaya Holding Sdn. Bhd," katanya.
Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan memancing tersebut orang ramai boleh menghubungi Urus Setia Pendaftaran di talian 017-281 2449/013-358 8206/013-383 8655/016-293 7741 atau layari laman web PPj di www.ppj.gov.my.
DBKL akan siasat penganjur - Mhd. Amin Nordin
Tengku Adnan tumpu masalah banjir, perumahan
Jaminan kepada penduduk
Pihak berwajib didesak henti segera - UIAM
Kerajaan pakatan tidak ada kesepakatan - Johan
Wanita maut dirempuh MPV
UIAM malu tercemar teruk
Mula beroperasi hari ini
Ahmad Fauzi akan selesaikan masalah secara berterusan
Budiman terus dekati masyarakat desa Sungai Panjang
Pembangunan semula bermula
Airport Limo tidak terkubur
XMIT 500 teknologi baharu pungut sampah
DBKL naik taraf Jalan Genting Klang
Sisa pokok tumbang tidak dibersihkan
Persatuan teksi sambut baik
27,000 pengguna terjejas akibat paip air pecah di Klang
DBKL, YWP bantu keluarga mangsa kebakaran
Undang keresahan orang ramai
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









