VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 April 2014 / 20 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
KOTA

ARKIB : 20/09/2012

Larangan masuk ke Persiaran Kewajipan, Persiaran Tujuan

SUBANG JAYA 19 Sept. - Kenderaan berat dengan muatan 10 tan ke atas dilarang masuk ke Persiaran Kewajipan dan Persiaran Tujuan pada waktu puncak bermula 20 September ini.

Kenderaan muatan berat ini termasuklah lori tangki minyak atau air, lori balak dan treler.

Timbalan Yang Dipertua MPSJ, Abdullah Marjunid berkata, arahan ini bagi mengurangkan kesesakan yang berlaku di laluan berkenaan.

Menurutnya, pihak majlis akan mewartakan Perintah Pengangkutan Jalan (Larangan Kenderaan Berat) MPSJ 2012 di bawah Seksyen 67 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi perkara itu.

"Tempoh larangan bagi kedua-dua jalan tersebut adalah bermula pada sebelah pagi dari pukul 6.30 hingga 9.30 pagi, manakala pada sebelah petang bermula dari 4.30 petang hingga 7.30 malam.

Perintah tersebut turut berkuatkuasa pada tarikh yang sama ia diwartakan dan MPSJ akan memberi tempoh percubaan selama sebulan.

Jika selepas itu masih ada lagi kenderaan berat yang ingkar, MPSJ akan mengenakan kompaun dan pihak polis serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) boleh menahan kenderaan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di ibu pejabat MPSJ, di sini, kelmarin.

Abdullah berkata, tindakan tersebut adalah perkara biasa yang turut dipraktikkan di jalan-jalan lain di sekitar Lembah Klang bagi mengurangkan masalah kesesakan di jalan raya.

Bagi memastikan pihak terlibat menyedari perintah tersebut, hebahan melalui media dan pemasangan papan tanda telah dilaksanakan pada 18 September lalu.

Ia akan diletakkan di 20 lokasi utama sebelum memasuki jalan terlibat termasuk di Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Pantai Baru (NPE) dan Lebuhraya Shah Alam (KESAS)," ujarnya.

Tambahnya, kesesakan lalu-lintas di kedua-dua jalan itu kini berada pada kelas D iaitu bergerak perlahan.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.