ARKIB : 05/09/2012
Jelajah Joran KL bermula Sabtu ini di Taman Tasik Titiwangsa
KUALA LUMPUR 4 Sept. - Pertandingan memancing Jelajah Joran Kuala Lumpur yang menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak RM13,000 untuk setiap sirkit akan bermula Sabtu ini dengan Taman Tasik Titiwangsa menjadi lokasi pertama pertandingan.
Selain Taman Tasik Titiwangsa yang akan menjadi tuan rumah pertandingan Sabtu ini, lokasi berikutnya ialah Taman Tasik Permaisuri, Taman Botani (Tasik Perdana), Taman Tasik Metropolitan, Taman Tasik Ampang Hilir, Sungai Gombak/Klang.
Pertandingan sebanyak tujuh siri anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu akan menjadikan Taman Tasik Titiwangsa sekali lagi sebagai tuan rumah iaitu untuk siri terakhir pertandingan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan kelak
Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sosio-Ekonomi DBKL, Datuk Mhd. Amin Nordin Abdul Aziz berkata, acara itu akan mengisi kalendar tahunan DBKL dan menjangkakan 1,000 peserta akan mengambil bahagian pada setiap siri.
"Pertandingan memancing ini juga bertujuan memperkenalkan taman-taman tasik rekreasi untuk dimanfaatkan oleh warga kota dengan aktiviti sihat.
"Banyak aktiviti sihat boleh dijalankan di taman-taman rekreasi dan pertandingan memancing adalah salah satu yang boleh dilaksanakan," ujarnya pada majlis melepaskan lebih satu tan ikan pelbagai spesies di Taman Tasik Titiwangsa di sini, hari ini.
Ikan-ikan yang dilepaskan ialah dari jenis pacu patin, rohu dan keli sempena pertandingan sirkit pertama yang akan berlangsung Sabtu ini.
Juara pertandingan itu akan membawa pulang wang tunai RM5,000, naib juara RM3,000 manakala pemenang tempat ketiga RM1,000.
Pemenang keempat hingga ke-10 akan menerima RM200 dan pemenang tempat ke-11 hingga 20 menerima RM100. Peserta di tempat ke-21 hingga 50 akan menerima RM50
"Hadiah wang tunai turut disediakan dalam kategori khas ikan keli terberat dan juara menerima hadiah RM300, naib juara RM200 dan ketiga RM100. Paling menarik hadiah sapu bersih," katanya lagi.
Yuran pertandingan ialah RM40 untuk sebatang joran dan peserta berpeluang mendapat kira-kira 50 hadiah cabutan bertuah yang disediakan. Sebanyak 500 baju T akan diberikan percuma kepada peserta terawal.
Pendaftaran boleh dibuat di meja urus setia pertandingan di Rumah Sampan, Tasik Titiwangsa Jumaat ini dari 3 petang hingga 12 Malam.
Baju T, pas peserta dan nombor cabutan bertuah akan diagihkan pada hari tersebut hingga ke masa pertandingan di meja urus setia.
Maklumat lanjut serta borang pertandingan boleh diperoleh di jelajahjorankl.webs.com atau menghubungi urus setia di talian 019-384 1009, 013-305 2811, 017-372 7420 dan 012-284 6811.
Tengku Azuan Tokoh Guru Wilayah Persekutuan
MPK adakan kempen hormati pejalan kaki
Syabas hargai 30 pelanggan prihatin paip pecah, bocor
Tingkat mutu kerja demi PDRM
Terowong jadi 'tasik'
Mahu KL selesa, bersih didiami
Penduduk terasa 'kehilangan' Nong Chik
Lagi 5,000 unit rumah mampu milik akan dibina
Jalan rosak di Setiawangsa akan diselesai segera
Bekas anggota tentera diseru jadi ahli PBTM
Jaminan nasib terbela
Pertemuan dengan Datuk Bandar akan diatur - Ahmad Fauzi
Kematian pejalan kaki ketiga tertinggi di KL
UNDANG BAHAYA
Penganjur naikkan sewa RM1,000
DBKL akan siasat penganjur - Mhd. Amin Nordin
Tengku Adnan tumpu masalah banjir, perumahan
Jaminan kepada penduduk
Pihak berwajib didesak henti segera - UIAM
Kerajaan pakatan tidak ada kesepakatan - Johan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









