ARKIB : 29/08/2012
7 premis judi diserbu, rampas 73 mesin judi
GAMBAR ; IRWAN MAJID
PEMBERITA: AZRIN/FARHANA
KUALA LUMPUR 28 Ogos - Seramai 21 pelanggan dan tujuh penjaga premis mesin judi ditahan dalam serbuan ke atas tujuh buah premis terbabit dalam Ops Dadu di Taman Seri Rampai, Setapak di sini hari ini.
Kesemua pelanggan berusia 28 hingga 45 tahun manakala penjaga premis pula berusia 50-an.
Operasi yang dilakukan 26 anggota dan pegawai Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada pukul 3.30 petang itu turut merampas 73 buah mesin judi dan wang tunai berjumlah RM731.
Pegawai Turus D7 IPK Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Azman Mohd. Isa berkata, ketika serbuan beberapa pelanggan leka bermain judi.
Katanya, polis percaya terdapat tonto menjaga kesemua premis di kawasan itu memandangkan kebanyakannya ditutup ketika serbuan dijalankan.
"Premis di sekitar kawasan itu juga telah beberapa kali diserbu sebelum ini tetapi tetap meneruskan perniagaan haram tersebut.
"Sehubungan itu, kami terpaksa menyita kesemua premis dan akan meminta kerjasama pihak terlibat memotong bekalan air dan elektrik," ujarnya.
Tambah Azman, kesemua premis tersebut beroperasi 24 jam dan mampu mengaut keuntungan puluhan ribu ringgit setiap hari memandangkan satu unit mesin judi mampu mencatat transaksi mencecah RM1,000 sehari.
Lesen kafe siber digantung
Insinerator dibina di Kepong
Lori simen konkrit bermaharajalela
Peniaga bimbang, terganggu
NGO Sungai Besar protes jelajah pembangkang
Kebakaran hutan simpan berjaya dikawal
Bukti komitmen kerajaan
IRIMM tawar Mohammad Asraf Abdullah, isteri serta 4 anak diami rumah sewa
KBPKT jangka tinjau kerosakan - MTBI
JP Selangor anjur seminar undang-undang dan peraturan
Punca rezeki 13 penjaja terjejas
Langgar lampu isyarat berleluasa di Putrajaya
Laluan Nadi Putra dikaji semula
MMC-Gamuda KVMRT lancar pusat maklumat projek pembinaan MRT
Yayasan Sime Darby taja KLPac sebanyak RM3 juta
'Kg. Myanmar' perlu dibersih
Ingatkan mereka ini negara kita - Orang ramai
Keselamatan Pasar Harian Selayang ditingkatkan
266 penghuni flat dibenar pulang
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










